Menjadi tanggungjawab Polis dan JPJ untuk mengeluarkan saman sekiranya pengguna jalanraya melanggar peraturan, oleh demikian cara semak saman oleh polis atau JPJ dikongsi bersama.
Saman jalanraya merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh pengguna jalanraya, tujuan saman sebenarnya sebagai peringatan supaya salahlaku tidak lagi dibuat oleh pesalah jalanraya. Mungkin ada antara kita yang pernah/selalu disaman dan ada juga yang tidak pernah disaman seumur hidupnya kecuali yang tak pandai bawa kereta.
Terdapat pelbagai jenis kesalahan jalanraya, tetapi kesalahan yang paling kerap dan senang dibuat ialah kesalahan memandu laju melebihi had yang ditetapkan. Kesalahan memandu laju ini kebiasaanya membuatkan kita disaman tanpa kita sedari. Bagaimana untuk buat semakan saman polis dan JPJ? Bagi yang terasa dia disaman termasuk yang memang kaki lumba bolehlah cuba menyemaknya dengan cara berikut :
Semakan Saman PDRM secara online
Semakan Saman Polis melalui SMS
Taip POLIS <jarak> SAMAN <jarak> [nombor pendaftaran/plat kenderaan] hantar ke 32728
Contoh: POLIS SAMAN CAD33XX hantar ke 32728
Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS
Taip jpj <space> your IC Number and send to 37773
Contoh: jpj 123456789000 hantar ke 37773
Melalui SMS 15888
Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perluTaip POLIS SAMAN atau dan hantar ke 15888
Contoh : POLIS SAMAN WMG1234 dan hantar ke15888
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20