Cara Semak Senarai Universiti Awam dan Swasta

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Anda perlu tahu bagaimana cara semak senarai universiti awam dan swasta. Jangan mudah tertipu dengan ayat promosi pengajian tinggi sejak akhir ini. Anda perlu tahu membeza dan semak senarai Universiti awam ataupun swasta. Setiap pelajar mempunyai pilihan tersendiri samaada ingin memilih universiti awam ataupun swasta. Kedua-dua institusi mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri dan ianya adalah terletak pada perancangan pelajar masing-masing.

senarai universiti awam dan swasta

senarai universiti awam dan swasta

Malangnya, pihak kami ada menerima email mengadu ada yang dikelirukan dengan maklumat yang salah. Ada pelajar yang ingin memasuki universiti awam tetapi dikelirukan dengan ayat promosi bahawa ia ditawarkan oleh universiti awam, setelah pihak kami selidiki sebenarnya ia ditawarkan universiti swasta.

Belajar di universiti awam atau swasta mempunyai kelebihan tersendiri, tetapi mengelirukan pelajar sebelum permohonan adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Perbuatan seperti ini sebenarnya boleh memburukkan lagi nama universiti swasta lain yang telus dengan kaedah promosinya.

Kami percaya, perbuatan tidak bertanggungjawab ini adalah berpunca dari sikap promoter yang tamak dan terdesak untuk mengejar sasaran pelajar yang mengikuti pengajian tanpa pengetahuan pihak institusi.

Pujian seharusnya diberikan kepada promoter yang menjalankan aktiviti pengiklanan dengan jujur dan jelas. Walaupun agak sukar mendapatkan pelajar mendaftar tetapi ia akan lebih jelas, mesra dan diredhai agama.

Tips Sebelum Semak Senarai Universiti Awam dan Swasta

Terdapat beberapa tips yang anda perlu tahu berkaitan universiti awam dan swasta ini:

  • Kebiasannya pelajar perlu mohon untuk ke universiti awam, manakala kebanyakan universiti swasta akan menghubungi anda untuk membuat penawaran.
  • Sekiranya dihubungi, pastikan anda dengar dengan jelas segala tawaran yang diberikan dan minta masa untuk berfikir. Masa yang ada perlu anda gunakan untuk membuat kajian di internet atau bertanya kenalan lain.
  • Anda pandai membezakan universiti awam dan swasta – sesetengah promoter tidak bertanggungjawab akan menggunakan ayat seolah ia universiti awam, anda perlu ke laman internet untuk membuat semakan

Untuk mengelakkan kekeliruan lagi, kami cadangkan ada baiknya pelajar membuat semakan institusi dan banyak mengkaji sebelum membuat sebarang keputusan. Untuk makluman kali ini, kami ingin berkongsi bagaimana untuk membuat semakan nama universiti samaada ia universiti awam atau swasta.

Langkah 1

Dapatkan nama penuh institut pengajian tersebut dan alamatnya

Langkah 2

Membuat semakan senarai universiti awam dan swasta di internet :

Membuat semakan senarai universiti awam dan swasta bukan sukar. Anda sebenarnya boleh membuat semakan hanya dirumah. Apa jua pilihan anda sebenarnya mampu menuju kejayaan sekiranya anda bersungguh-sungguh belajar dan merancang masa depan.

 

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x