Cara Semakan Keputusan SPM 2020/ 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

pelajar yang mengikuti kukurikulum persekolahan di Malaysia.

Hal ini disebabkan dengan adanya keputusan ini lebih mudah untuk anda mendapatkan pekerjaan walaupun tidak menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. 

Semakan keputusan SPM

TAHUKAH ANDA!!!

Menerusi keputusan SPM ini menjadi salah satu tiket untuk kita mendapatkan masa hadapan yang lebih baik pada masa akan datang. Walaubagaimana sekaliipun, tiket ini bukan kepunyaan hakiki kita ianya hanyalah pinjaman sementara sahaja. Maka gunakanlah ia dengan sebaik mungkin.

Cara Semakan Keputusan SPM 2020/ 2021

Terdapat 2 cara semak keputusan SPM 2020/ 2021 ini. Antara 2 cara yang diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah:-

i. Secara dalam talian di pautan https://myresult1.moe.gov.my atau https://myresult2.moe.gov.my  untuk mendapatkan keputusan penuh SPM 2020 ATAU

  • Anda perlu memasuki Laman Web Rasmi KPM seperti di atas
  • Kemudian anda perlu masukkan no Kad Pengenalan dan no angka giliran sewaktu anda mengambil SPM yang lepas
  • Klik pada ikon “semak” untuk membuat semakan keputusan SPM 2020
  • Tetapi, laman web yang tersedia ini hanya akan di aktifkan pada tarikh yang sudah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

ii. Menerusi perkhidmatan SPM untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2020 dengan cara calon perlu menaip

  • SPM <jarak> NoKP <jarak> Angka Giliran dan hantar ke 68886.
  • Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 10 JUN 2021 sehingga pukul 6.00 petang pada 17 JUN 2021.

    CONTOH : SMS adalah SPM 200120015424 5748D SMSke 68886

  • Pengguna akan di caj sebanyak 15-20 sen untuk setiap SMS yang dilakukan 
Info Tambahan :  Jawatan Kosong SPA 2021

PERINGATAN!!!

Keputusan SPM secara rasmi akan diumumkan pada 10 JUN 2021 (Khamis) pasa pukul 10.00 pagi. Calon TIDAK perlu menghadirkan diri untuk mendapatkan keputusan SPM 2020 ini.

Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenalpasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

Manakala, bagi calon persendirian yang TIDAK mempunyai capaian internet, pihak Jabatan pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenalpasti calon persendirian tersbeut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan.

Pihak KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik. Hal ini bagi memastikan semua calon SPM 2020 mudah untuk mendpaatkan keputusan yang dinanti-nantikan.

“Keputusan yang cemerlang adalah hadiah yang terbaik bagi kepayahan yang dilalui sepanjang menempuh corak pembelajaran yang baharu ini”

Sejak pandemik ini melanda dunia, semua aktiviti diluar terbatas. Justeru itu, peperiksaan di Malaysia juga terbatas sehingga menyebabkan semua pembelajaran bermula di rumah atau secara atas talian. Walaupun ianya sangat mencabar tetapi semua pelajar dapat menghadapinya dengan penuh ketenangan. Kini, sudah tiba masanya ibu bapa berasa bangga dengan anak kerana mereka telah berjaya menduduki peperiksaan walaupun mereka menghadapi masa yang genting ini. 

Info Tambahan :  Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 6 (Berkeperluan Khas)

Slip keputusan SPM 2020

Pasti ramai ibu bapa yang berasa risau, bagaimana dengan slip keputusan SPM anak anda akan diperolehi. Slip keputusan SPM akan sampai ketangan ibu bapa dalam keadaan yang selamat. Hal ini disebabkan pihak sekolah akan mencetak slip keputusan SPM 2020 pelajar sebelum jam 10 pagi.

Pihak sekolah akan menggunakan sistem pengurusan peperiksaan atas talian (SPPAT) untuk mendapatkan slip keputusan SPM para pelajar. Justeru itu, jangan bimbang sekiranya anda tidak dapat menyemak keputusan anda pada 10 JUN 2021. Nantikanlah keputusan SPM kali ini bersama ibu bapa hanya di rumah. Ianya bagi menjaga keselamatan semua orang termasuklah ibu bapa dan tenaga pengajar.

Lakukanlah video call sekiranya anda berasa hendak berkongsi kejayaan anda dengan para guru dan sahabat disekolah. TIDAK salah kerana ianya TIDAK melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh pihak MKN. 

Semakan keputusan SPM

***SELAMAT MAJU JAYA KEPADA CALON PELAJAR YANG BAKAL MENGAMBIL KEPUTUSAN SPM 2020***

PERINGATAN!!!

Jangan pernah sedih atau kecewa dengan keputusan SPM yang anda perolehi. Sesungguhnya anda sudah melakukan yang terbaik untuk menamatkan pengajian anda di peringkat SPM ini, maka kini masanya untuk anda meraih kejayaan.

 

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
syed sai
Guest
8 days ago

thanks for info.. kena stanby cepat2 untk anak ni..