Bagaimana Cara Skor A Sejarah

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Cara Skor A Sejarah, Subjek sejarah merupakan subjek yang penting bagi meluluskan diri untuk meneruskan pendidikan ke peringkat lebih tinggi . Ramai dalam kalangan pelajar yang menganggap bahawa sejarah merupakan subjek yang membosankan dan sukar untuk difahami , namun begitu subjek sejarah akan membantu individu berfikiran lebih meluas dan berpengetahuan tinggi . Tambah lagi , sebenarnya tidak sukar untuk memperoleh ‘A’ dalam subjek ini.

Cara skor A Sejarah
Cara skor A Sejarah

Bagaimana Cara Skor A Sejarah

Banyakkan Membaca

Pelajar perlu banyakkan membaca , kurangnya amalan membaca akan menyekat pengetahuan pelajar dan menyebabkan pelajar berasa bosan . Membaca juga membantu pelajar memperoleh banyak fakta kerana maklumat yang diperoleh . Membaca juga akan membantu pelajar mengembangkan idea dalam menjawab soalan yang diberi .

Berkongsi maklumat

Bagi mengukuhkan pengetahuan yang diperoleh , pelajar perlu berkongsi maklumat yang diperoleh dengan rakan-rakan . Dalam proses perkongsian , pelajar dapat menambah lagi pengetahuan dan memperoleh maklumat tambahan daripada rakan . Hal ini amat membantu pelajar yang lemah subjek sejarah untuk memudahkan mereka menguasai subjek ini . Oleh itu, banyakkan berkongsi dengan rakan anda bagi mendapat manfaat yang lebih baik .

Info Tambahan :  E-Sukan dan Hiburan: Kursus dan Peluang Perniagaan 2023

Hafal

Tips untuk menjawab soalan sejarah dalam peperiksaan ialah menghafal . Lebih banyak anda menghafal lebih mudah untuk anda menjawab . Malah lebih banyak anda menghafal lebih mudah untuk mendapat markah yang tinggi untuk setiap soalan .

Buat Peta Minda

Membuat nota peta minda akan membantu otak pelajar lebih berkembang, dan akan memudahkan pelajar mengingat fakta tanpa menghadapi kesukaran . Adalah lebih baik pelajar membentuk peta minda yang menarik perhatian seperti menggunakan pelbagai warna , membuat corak yang cantik dan sebagainya.

Amalkan soalan KBAT

Dalam soalan subjek sejarah juga terdapat soalan KBAT . Oleh itu pelajar perlu membuat persediaan untuk menghadapi soalan sebegini . Malah soalan KBAT merupakan penyumbang utama markah tertinggi yang diberi antara soalan-soalan lain . Soalan KBAT tidaklah sukar namun memerlukan pemikiran pelajar aras tinggi untuk menjawabnya .

Info Tambahan :  Belajar Seni Bina atau Kejuruteraan Pada Tahun 2023?

Akhir sekali , diharapkan cara skor a sejarah yang dikongsi ini bermanfaat. Dalam setiap kejayaan perlu ada usaha yang bersungguh , tanpa usaha maka peluang berjaya amatlah tipis , namun begitu tidak mustahil pula seorang pelajar yang lemah dalam subjek sejarah akan sentiasa gagal dan mendapat markah yang rendah. Malah ingatla kegagalan pencetus lahirnya golongan berjaya .

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top