Dari rajah menunjukkan jelas 2 tindakan pencegahan yang berkongsi tempat pertama iaitu dengan insaf sendiri dan berhenti jual rokok. Faktor insaf sendiri merupakan tindakan yang perlu diambil oleh diri individu manakala faktor berhenti jual rokok pula memerlukan kerjasama individu lain, kumpulan ataupun organisasi. Dari undian jelas menunjukkan pilihan pelawat xpresi supaya perokok insaf dengan diri sendiri serta mengambil tindakan dengan lebih mendisiplinkan diri.
Kedua tertinggi pula ialah dengan menaikkan harga rokok hingga menyukarkan perokok membelinya. Walaupun undian sedemikian, tetapi saya percaya tidak ramai yang menyokong kenaikan harga rokok kerana usul ini mempunyai jarak beza yang tinggi dengan usul pertama tadi. Bagi perokok tegar masih boleh mencari rokok altenatif dan juga tindakan ini membuatkan perokok lebih miskin dan tidak mampu.
Usul terakhir ialah meminta orang ketiga melarang. Orang ketiga termasuklah ibu, ayah, isteri, suami, anak, ataupun kawan. Cara ini paling rendah diundi kerana mungkin perokok tidak gemar dipaksa dan memerlukan kebebasan untuk membuat keputusan. Menggunakan orang ketiga mungkin menimbulkan kemarahan ataupun pemberontakan.
Bagi saya setiap individu mampu menentukan baik buruk apabila bertindak, walaupun saya bukan perokok, tetapi saya amat memahamai bukan senang untuk berhenti merokok. Ia sebenarnya memerlukan disiplin diri serta kemahuan datangnya dari diri perokok sendiri disamping sokongan dari pihak luar.