Cara Ulang Sijil Pelajaran Malaysia SPM

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan SPM pasti terlintas untuk ulang SPM, bagaimana cara ulang SPM ? Sijil pelajaran Malaysia (SPM) merupakan sijil penting yang menentukan hala tuju pelajaran anda samaada anda dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ataupun tidak.

Bagi menjawab artikel pada kali ini kami akan menerangkan langkah-langkah yang perlu dibuat oleh pelajar untuk mengulang peperiksaan SPM. Untuk mengulang SPM pelajar perlu menyediakan wang yang mencukupi dan komitmen yang lebih agar peperiksaan yang di ambil buat kali kedua mencapai kecemerlangan.

Cara Ulang SPM
Cara Ulang SPM

Bagi pelajar yang ingin mengulang peperiksaan SPM. Pelajar wajib membuat pendaftaran pada bulan mac sahaja. Tarikh permohonan ulangan SPM pada setiap tahun adalah bermula dari 1 mac sehingga 31 mac tidak kiralah ulangan pada bulan Jun atau November.  Berikut merupakan langkah permohonan ulangan SPM.

Mengenalpasti Matapelajaran Yang Hendak Di Ulang

Langkah yang pertama yang perlu dibuat oleh pelajar yang ingin membuat ulangan peperiksaan SPM ialah pelajar perlulah mengenalpasti subjek yang hendak diulang. Contohnya pelajar berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang tertentu tetapi tidak mempunyai kelayakan kerana tidak mengambil subjek tersebut atau gagal semasa SPM yang pertama anda boleh mengambil subjek berkenaan untuk melayakkan anda melanjutkan pelajaran ke bidang yang anda minati.

Baca Juga :  Biodata Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan Malaysia

Menyediakan Wang Ulangan

Langkah yang kedua yang perlu dibuat oleh pelajar yang ingin mengulang peperiksaan SPM ialah menyediakan wang ulangan mengikut cas yang dikenakan bagi setiap subjek yang diambil.

Menyemak Tarikh Peperiksaan Ulangan SPM

Pelajar yang ingin membuat ulangan perlulah sentiasa semak tarikh ulangan SPM. Kepada mereka yang tidak mengetahui mengenai ulangan SPM. Setiap tahun ulangan akan di buat dua kali setahun iaitu pada bulan Jun dan juga bulan November. Pada bulan Jun subjek ulangan SPM ialah Bahasa Malaysia, matematik dan sejarah sahaja. Manakala pada bulan November ulangan bagi semua matapelajaran.

Dapatkan Borang Permohonan Dan Isi Selengkapnya

Pelajar boleh mendapatkan borang permohonan ulangan SPM di pejabat pelajaran daerah (PPD) ataupun jabatan pendidikan negeri (JPN) yang berdekatan. Selain itu, pelajar juga boleh mendapatkan borang permohonan ulangan secara online di laman web rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia supaya lebih mudah. Kemudian anda perlu melengkapkan maklumat yang diperlukan dalam borang tersebut dan sediakan wang yang secukupnya kemudian hantar ke PPD daerah ataupun JPN yang berdekatan. Semasa membuat permohonan anda boleh membuat permohonan untuk mengambil peperiksaan ulangan di pusat-pusat peperiksaan yang berdekatan dengan rumah anda.

Baca Juga :  Mana Yang Terbaik, Pilih Politeknik VS Universiti

Pendaftaran Permohonan Online Adalah Wajib

Meskipun anda sudah membuat permohonan secara manual di PPD ataupun JPN anda wajib mengisi borang permohonan secara online. Sekiranya anda tidak mengisi permohonan secara online pendaftaran anda adalah tidak sah dan anda tidak layak untuk mengambil peperiksaan ulangan.

Apa Yang Perlu Dibuat Sekiranya Keputusan SPM Ulangan Lebih Teruk

Kepada pelajar yang risau sekiranya keputusan ulangan lebih teruk berbanding SPM yang pertama. Anda perlu tahu bahawa sekiranya keputusan ulangan SPM lebih teruk anda boleh menggunakan slip keputusan SPM yang terdahulu. Ini kerana LPM akan membuat slip keputusan SPM secara berasingan.

Kepada pelajar yang berminat untuk memperbaiki keputusan SPM yang lalu anda perlu mengabil inisiatif ini untuk memperbaiki keputusan anda agar lebih cemerlang.

 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here