Cara Untuk Menyemak No Keahlian KWSP

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

No keahlian KWSP
Jika nak semak baki KWSP pastinya memerlukan no keahlian KWSP. Baru-baru ini kita mendengar wang KWSP boleh dikeluarkan TETAPI bagi ahli yang terkesan akan pandemik COVID -19 .

Wang KWSP adalah satu caruman masa depan yang boleh digunapakai ketika kecemasan terutama menghadapi baki masa tua selepas pencen nanti. Sejak akhir-akhir ini wang KWSP dibenarkan oleh kerajaan untuk diambil memandangkan masalah kewangan kepada pekerja yang diberhentikan kerja atau mengalami pengurangan pendapatan akibat pandemik yang bukan sahaja melanda Malaysia tetapi dunia .

Jadi, pasti ramai diluar sana yang sedang sibuk memikirkan cara untuk menyemak semula no keahlian KWSP untuk memudahkan urusan pengeluaran Akaun 1 KWSP bagi mereka yang jarang mengambil tahu akan no keahlian KWSP ini.

Cara Semak No Keahlian KWSP

Sebenarnya mudah sahaja untuk menyemak no keahlian KWSP sekiranya anda lupa akan no keahlian KWSP ini. Antara cara untuk menyemak no keahlian KWSP ini adalah :-

1) Walk in ke kaunter KWSP

Pada musim pandemik ini, kebanyakan urusan yang hendak dibuat dikaunter KWSP memerlukan temujanji dahulu. Tujuan urusan temujanji ini dibuat agar kaunter KWSP ini tidak sesak dengan orang ramai dan pada masa yang sama memudahkan ahli menjaga penjarakkan sosial sepertimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

No keahlian kwsp
Justeru itu, setiap ahli WAJIB mematuhi Standard Operation Practice (SOP) bagi mengelakkan virus COVID -19 ini tersebar kepada orang ramai.

“Kerana malang tidak berbau, jadi Mencegah Lebih Baik daripada Merawat”

Semasa walk in ini, pihak KWSP (staff) akan membantu anda untuk mendapatkan semua no keahlian yang sudah anda lupa. Barang PENTING yang perlu anda lakukan adalah baca kad pengenalan anda. Ianya bagi mengenalpasti bahawa orang yang datang itu adalah tuan empunya no keahlian KWSP ini. Hal ini disebabkan no keahlian KWSP ada privasi ahli itu sendiri.

Info Tambahan :  LHDN : Pelepasan Cukai Taksiran Tahun 2020
**Pada musim PKPP/B ini pihak kaunter KWSP akan memendekkan masa urusan di kaunter, justeru itu sekiranya anda hendak melakukan urusan di kaunter KWSP anda perlu alert akan masa urusan KWSP**

2) Walk in ke KIOSK KWSP

Walk in ke KIOSK KWSP sama seperti ke kaunter KWSP tetapi kiosk lebih dekat BERBANDING pejabat. Kiosk lebih dekat walaupun anda bukan yang tinggi di tengah-tengah bandar anda tetap masih boleh lagi mendapatkan maklumat KWSP anda melalui kiosk yang berdekatan.

Jadi, sekiranya terdapat kiosk yang berdekatan maka ianya lebih memudahkan ahli untuk membuat urusan berkenan dengan KWSP terutamanya bagi ahli tinggal diluar bandar.

“Syarat walk in ke kiosk juga sama, hanya ahli SAHAJA boleh ketahui no keahlian orang lain TIDAK DIBERNARKAN MEMINTA NO keahlian orang lain”

3) Walk in ke pihak ketiga KIOSK.

Pihak ketiga kiosk bermaksud terdapat kiosk yang berada dibank. Tetapi kebiasaanya pihak ketiga kiosk ini lebih banyak dalam satu-satu tempat, ianya bagi memudahkan lagi urusan ahli untuk membuat satu-satu urusan berkenaan dengan KWSP. Waktu urusan bagi pihak ketiga kiosk adalah mengikut waktu urusan tempat tersebut bukan mengikut waktu urusan di pejabat KWSP.

Info Tambahan :  Sila Memperkenalkan Diri Anda, Jawapan Yang Tepat

 

Bagaimana cara untuk mengetahui lokasi pejabat / kiosk/ pihak ketiga kiosk KWSP?

Mudah sahaja anda hanya perlu ke laman web rasmi KWSP  dan klik caraian seperti dibawah ini:-

Cara Untuk Menyemak No Keahlian KWSP 1

4) Hubungi KWSP

Selain daripada menghadirkan diri ke kaunter atau kiosk KWSP anda juga sangat digalakkan menghubungi terus KWSP untuk menyemak no keahlian. Cara ini lebih selamat kerana anda TIDAK perlu BERSESAK-SESAK atau berjumpa dengan orang ramai.

Hanya perlu menghubungi:-
Pihak pengurusan perhubungan KWSP di talian 03-89226000
Waktu beroperasi : Isnin – Jumaat (8 pagi hingga 6 petang)

 

PERINGATAN!!!
Perpanjang PKPP/B ini talian KWSP ini work from home, jadi mungkin ketika menghubungi talian KWSP ini akan mengalami sedikit masalah. Tetapi anda tidak perlu risau kerana talian masih lagi mudah untuk di hubungi.

Semudah 123 bukan untuk menyemak semula no keahlian KWSP bagi mereka yang terlupa no keahlian. Sekarang dunia dihujung jari lagi mudah untuk mendapatkan maklumat berkenalan dengan pejabat / kiosk KWSP.

***Semua pilihan di tangan anda sama ada hendak memilih kaunter, kiosk atau hanya menghubungi talian KWSP***

Rujukan:-
1) https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks
2) https://www.kwsp.gov.my/

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mr.Reading
Mr.Reading
Guest
5 months ago

Baru faham.