Cerita Budak Paling Bodoh Di Dunia

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

coutionIkuti kisah seorang yang memberi label kepada seorang budak yang dikatakan paling bodoh didunia hasil perkongsian rakan kami:

Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berkata.

Mamak: “Tgk budak yang pakai baju power ranger tu adalah budak yang paling bodoh di dunia”

PELANGGAN : “Naper awak cakap macam tu mamak?”
MAMAK : “Awak tgk ni..”sambil memanggil Ajoi datang kepadanya

Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Ajoi. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajoi “Nah awak ambil la duit ni, awak pilih yang mana?”
Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.

MAMAK :” Hahaha kan saya dah kata! budak tu bodoh. Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha!”
Sumardi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Ajoi.

SUMARDI : “Joi pasal ko tak ambik duit RM10 tu?”

AJOI : “Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1.Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat”
Sumardi: “haha ko budak paling bijak dalam dunia”

Moral Of the story:

  1. Ramai yang merasakan lebih bijak dibandingkan orang lain, sehingga mereka selalu memandang rendah kepada orang lain. Sebenarnya ukuran kepandaian seseorang hanya TUHAN yang mengetahuinya. Alangkah bijaksananya kita jika tidak menganggap diri sendiri lebih bijak dari orang lain.
  2. Perbezaan orang yang berjaya dengan orang kurang berjaya adalah, orang yang berjaya berfikir untuk hari esok, orang kurang berjaya berfikir untuk hari ini.

Kredit :- @Braderjahar

Kadangkala apa yang kita fikirkan tidak semestinya baik untuk diri kita. Dalam soal kewangan dan kekayaan, seharusnya kita bijak mengambil peluang dari peluang yang ada. Kebanyakan orang berbangga merasakan diri bijak, tetapi hakikatnya sangat bermasalah. Ikuti perbincangan lanjut kami dalam Buku Proses Kekayaan Sebenar yang mampu merungkai bagaimana menjana pendapatan dan mendapat kekayaan sebenar.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here