Checklist Pelepasan Pembayaran Cukai LHDN

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Checklist Pelepasan Pembayaran Cukai LHDN 1

Bermula sahaja bulan Mac, menjadi kebiasaan buat mereka yang membayar cukai pendapatan akan melakukan checklist pelepasan pembayaran cukai LHDN. Justeru itu, kami akan berkongsi serba sedikit berkenaan dengan checklist pelepasan pembayaran cukai LHDN sebelum anda membayar cukai.

“Cukai adalah bayaran yang dikenakan oleh pihak kerajaan terhadap orang perseorangan untuk perbelanjaan negara lain-lain”

TAHUKAH ANDA!!!

Info Tambahan :  Permohonan Guru Sekolah Rendah PDPP 2024/2025

Berapakah nilai tangga gaji yang WAJIB membayar cukai pendapatan?
Tangga gaji keseluruhan tahunan WAJIB lebih daripada RM34,001 (bujang) dan RM46,001 (Sudah berkahwin) setahun setelah ditolak KWSP dan kos sara hidup.

Checklist Pelepasan Pembayaran Cukai LHDN

Justeru itu, aktiviti melakukan checklist pelepasan pembayaran cukai LHDN ini amat penting bagi memastikan anda LAYAK atau TIDAK membayar cukai pendapatan atau mahu mengurangkan pembayaran cukai.

Jangan risau sekiranya anda ragu-ragu untuk membayar, anda boleh pergi ke kaunter LHDN yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat mereka.

“Sekiranya anda LAYAK membayar cukai sila laksanakan pembayaran bagi memudahkan urusan kerajaan dalam pengiraan pembayaran”

Antara checklist pelepasan pembayaran cukai LHDN adalah seperti berikut :-

1) Check tangga gaji tahunan WAJIB bayar cukai pendapatan atau TIDAK

Checklist Pelepasan Pembayaran Cukai LHDN 2

“Tangga gaji setahun WAJIB lebih RM34,001 (bagi individu bujang) dan RM46,001 (bagi yang sudah berkahwin) setelah ditolakkan dengan pembayaran KWSP dan kos sara hidup”

PERINGATAN!!!

Sekiranya pendapatan setahun TIDAK lebih RM34,000 anda TIDAK LAYAK untuk membayar cukai. Walaubagaimana sekalipun, sekiranya pendapatan TIDAK lebih RM34,000 tetapi pihak syarikat ada melakukan penolakkan PCB maka anda hanya perlu submit borang cukai di LHDN. Pihak LHDN akan membayar semula wang PCB yang telah pihak syarikat tolak kepada anda.

“PCB adalah potongan cukai bulanan yang dikenakan kepada mereka yang LAYAK membayar cukai, potongan PCB dilaksanakan bagi meringankan beban pembayar cukai daripada membayar cukai secarasekaligus”

*** Jangan lupa isi borang BE sebelum 30 April 2021 bagi mereka yang makan gaji ***

Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

2) Perbelanjaan gaya hidup

Perbelanjaan sara hidup ini boleh dipohon bagi manfaat diri sendiri, suami atau isteri serta anak-anak. Pelepasan cukai bagi perbelanjaan gaya hidup adalah sebanyak RM 2,500.

Perbelanjaan gaya hidup ini biasanya akan ditolak bagi setiap individu yang membayar cukai kerana setiap manusia pasti akan ada perbelanjaan untuk diri sendiri mahupun keluarga.

3) Perbelanjaan perubatan

Sekiranya anda ada melakukan perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius yang dibelanjakan keatas diri anda, isteri/suami atau anak sehingga maksimum RM6,000 setahun.

Checklist Pelepasan Pembayaran Cukai LHDN 3

Anda boleh melakukan tuntutan pelepasan bagi mengurangkan kos pembayaran cukai. Selain itu, sekiranya anda ada menyediakan kos perbelanjaan perubatan buat ibu bapa kos pelepasan cukai adalah sehingga RM5,000 setahun.

Pelepasan pembayaran cukai

“Bagi pelepasan tuntutan penjagaan ibu bapa adalah sebanyak RM 3,000 iaitu RM1,500 ibu dan RM 1,500 bapa”

PERINGATAN!!!

Sekiranya terdapat 2 orang adik beradik yang mahu melakukan tuntutan pelepasan cukai bagi ibu bapa maka jumlah tuntutan pampasan akan dibahagi mengikut jumlah anak yang lakukan tuntutan tersebut. Tetapi yang penting ada bukti resit rawatan. 

“Pastikan setiap kos perubatan itu mempunyai resit asal yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan yang merawat pesakit”

4) Pembelian peralatan penyusuan ibu

Pelepasan pembayaran cukai

Bagi pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pasti mereka merasai kepayah dalam menyediakan kepelbagaian keperluan untuk pasanagn mereka. Justeru itu, bagi mereka yang membeli peralatan penyusuan boleh melakuka tuntutan pelepasan bagi mengurangkan pembayran cukai.

“Tuntutan pembelian peralatan penyusuan ibu ini boleh digunakan lebih daripada seorang anak”

5) Pendidikan anak-anak

Pelepasan pembayaran cukai

Pelepasan cukai tidak kira berapa jumlah anak yang anda ada selagi mereka dibawah tanggungan yang belum berkahwin di mana mereka adalah golongan:-

  • Berumur kurang daripada 18 tahun
  • Melebihi umur 18 tahun hendaklah masih belajar sepenuh masa atau masih di bawah latihan (articleship) atau ikatan dalam perusahaan atau profesion atau
  • Kurang upaya secara fizikal atau mental yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Pelepasan bagi anak kurang upaya secara fizikal atau mental adalah RM 6.000)
“Anak OKU WAJIB didaftar disahkan sebagai OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)”
NOTA RINGKAS!!!

Bagi mereka yang mahu melakukan pelepasan pembayaran cukai ini WAJIB menyimpan setiap satu resit pembayaran yang asal bagi melakukan tuntutan. Bagi anak yang sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi maka mereka perlu sediakan yuran sambung pengajian.

Terdapat banyak lagi pelepasan yang boleh dipohon sekiranya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak LHDN. Anda boleh sahaja “KLIK DISINI” bagi ketahui dengan lebih lanjut kepelabgaian pellepasan yang pihak LHDN sediakan.

*** Jangan menipu ketika melakukan tuntutan pelepasan ***

Rujukan:-
1) http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5&bt_skum=1&bt_posi=1&bt_unit=5000&bt_sequ=1

2) http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5&bt_skum=1&bt_posi=3&bt_unit=1&bt_sequ=1

3) http://www.anm.gov.my/index.php/soalan-lazim/potongan-cukai-bulanan-pcb

One thought on “Checklist Pelepasan Pembayaran Cukai LHDN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *