Contoh Cover Letter Bahasa Melayu Memohon Kerja

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bila ingin mohon kerja pastinya anda perlu contoh cover letter, bagi yang baru memohon kerja pastinya ramai yang tertanya apa itu cover letter. Mungkin biasa kita dengar resume tetapi jarang pula dengar tentang cover letter ini. Oleh demikian, kami sediakan serba ringkas serta contoh cover letter asas yang boleh diguna oleh pelajar yang baru berjinak memohon pekerjaan.

Contoh Cover letter
Contoh Cover letter

Cover letter kebiasaanya diguna bersama resume, ada agensi pekerjaan yang mahukan ianya dihantar sekali dengan resume. Jika bakal majikan tidak menyebut tentang cover letter ini boleh juga anda sediakan kerana ia nampak lebih profesional yang anda ingin memohon pekerjaan tersebut.

Contoh Cover letter ( tips penulisan )

Cover letter ini bolehlah dikatakan sebagai surat rasmi yang menyatakan hasrat anda ingin memohon kerja di sesebuah institusi. Oleh demikian, kandungan cover letter perlulah jelas menyatakan hasrat anda tersebut. Oleh demikian, pastikan surat anda tersebut mengandungi perkara tersebut :

Kepala Surat / letter head

Ini adalah penting dan menampakkan cover letter anda itu rasmi, kepala surat mestilah mengandungi maklumat anda seperti nama, alamat, email dan no telefon. Tujuan utama kepala surat ini ialah memudahkan pengurusan mencari nama anda dan juga menghubungi anda sekiranya ada sebarang makluman berkaitan permohonan.

Tarikh dan kepada

Tarikh mestilah letak di kanan surat selepas nama dan alamat anda tadi dan penting untuk anda menyatakan kepada siapa surat anda ditujukan.

Tajuk Pengenalan

Perkara kedua sekiranya orang membaca surat ialah tajuk. Kebanyakan orang membaca surat akan terlebih dahulu membaca dari siapa dan tajuknya. Oleh demikian penting untuk menulis dengan jelas, ringkas dan padat tajuk utama anda. Pastikan ianya jelas dan HURUF BESAR dan di bold.

Isi kandungan surat 1

Untuk perenggan ini anda perlu membuat sedikit review tentang anda termasuk latar belakang anda. Perlu diingatkan anda tidak perlu meletakkan latar belakang tidak penting seperti tarikh lahir, kampung asal dan adik beradik. Bergantung kepada keadaan pekerjaan yang anda mohon, sebaiknya latar belakang anda adalah berkaitan dengan kerja yang anda mohon.

Isi kandungan surat 2

Isi kandungan ini anda perlu menceritakan tentang kaitan syarikat dengan permohonan anda. Sebagai contoh anda boleh tulis kenapa anda ingin memohon ke syarikat itu, potensi anda jika bekerja di syarikat tersebut dan segala berkaitan dengan syarikat. Sebenarnya apa yang anda tulis dalam perenggan ini menunjukkan kesungguhan anda dan anda telah selidik hal berkaitan syaraikat serta kesungguhan anda memohon kerja.

Penutup

Untuk perenggan ini anda perlu letakkan pengharapan anda dipanggil temuduga atau diterima permohonan tersebut. Tidak perlu anda meletakkan rayuan yang melampau sehingga membuatkan penerima kerja menggambarkan ketidakmatangan anda.

Tips menulis cover letter

Ada beberapa tips untuk menulis cover letter ini segalanya perlu dipatuhi untuk memudahkan urusan anda memohon kerja :

Ringkas dan padat

Perlu diingatkan untuk anda menulis serba ringkas dan padat menyatakan setiap tujuan anda. Jangan sesekali menggunakan ayat beremosi serta panjang melarat sehingga menampakkan ketidakmatangan anda dalam memohon pekerjaan. Anda tidak perlu menggunakan masa yang lama untuk menulis cover letter ini sebaiknya gunakan masa yang lama untuk menulis resume anda.

Kesalahan ejaan

Pastikan anda tidak membuat kesalahan ejaan, kadangkala ada penemuduga yang cerewet yang tidak membenarkan kesalahan dibuat dalam permohonan.

Kandungan ayat

Dalam penegenalan diri anda, gunakan 3-4 ayat sahaja. Anda tidak perlu menulis panjang pengenalan anda di covver latter, sebaiknya tulis lah detail di resume yang anda lampirkan.

Contoh Cover letter Bahasa Melayu

Zulfikar bin zuliman
No 58, Jalan Awana 2, Taman awani, 18500 Machang, Kelantan
[email protected]
012 3456666

(*Tulis di hujung kanan surat )——————————->17 November 2009

Kepada:
Pengurus Sumber Manusia,
Majlis daerah Machang

Tuan,

PERMOHONAN KERJA SEBAGAI KERANI (NO. RUJUKAN: K 012 )

Perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin menyertakan permohonan untuk jawatan tersebut untuk pertimbangan pihak tuan. Saya dimaklumkan mengenai jawatan kosong tersebut melalui iklan akhbar Utusan bertarikh 2 September 2017. Saya lampirkan resume saya untuk rujukan tuan.

Untuk makluman tuan, saya pernah bekerja selama tiga tahun di sebuah syarikat pengangkutan bas sebagai kerani kaunter. Saya juga telah bekerja selama 5 tahun sebelum ini di sebuah syarikat kontraktor pemaju hartanah sebagai kerani. Saya merupakan graduan diploma bidang pengurusan pejabat dari UiTM.

Saya telah mengikuti perkembangan institusi tuan sejak dua tahun lalu yang banyak memberikan perkhidmatan yang baik pada masyarakat. Kebolehan saya berbahasa Inggeris dan Arab tentunya dapat membantu saya untuk menjalankan kerja dengan lebih lancar. Selain itu, saya juga merupakan seorang yang cepat belajar dan mudah bekerja di dalam pasukan.

Saya berharap agar permohonan saya diberi pertimbangan sewajarnya. Saya juga berharap pihak tuan dapat menghubungi saya untuk ditemuduga. Segala pertimbangan pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,
( Tandatangan anda )

Softcopy Contoh Cover letter versi microsoft word

Untuk menjimatkan masa anda, kami sediakan contoh surat cover latter dalam softcopy microsoft word. Anda boleh muat turun melalui pautan yang kami sediakan dibawah

Surat  Cover letter

Diharapkan sedikit tips dan softcopy contoh cover letter yang kami sediakan ini membantu anda dalam memohon pekerjaan, semogaContoh Cover Letter berjaya.

Panduan Membuat Resume dan Cover Letter

Selain dari contoh yang diberi, terdapat template cover letter yang lengkap dan sangat berkesan. Bahan ini dikongsi oleh Tim infokerjaya boleh ke page mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *