Kami ada menerima pelawat yang bertanyakan contoh email mohon kerja. Tahukah anda terdapat banyak lagi cara mohon kerja. Selain dari mengisi borang permohonan, ada juga syarikat yang membuka permohonan kerja hanya dengan memerlukan pemohon menghantar email kepada mereka.
Nampak seperti mudah, jika anda melihat iklan yang dikeluarkan hanya mengandungi alamat email mereka. Sebagai contoh, “ Jika anda berminat dengan tawaran ini, anda dikehendaki untuk menghantar email permohonan ke [email protected] “ Hakikat sebenarnya bukan mudah memohon kerja dengan hanya berbekalkan alamat email. Sebagai pemohon kerja, anda perlu tahu apakah isi penting yang sepatutnya anda tulis dalam email anda sebelum menghantar permohonan.
Pantang Larang dan Kesalahan permohonan melalui email
Ada beberapa perkara yang anda perlu elakkan untuk memohon pekerjaan menerusi email antaranya :
- Jangan hantar email tanpa format dan perenggan yang kemas – kandungan email perlulah mengandungi perenggan dan susunan yang jelas .
- Jangan hantar sesuka hati tanpa mengikut format yang diberi. ( jika ada )
- Jangan terus attach resume atau file ke alamat email yang diberi. Kadangkala ada pemohon yang tidak menulis apapun kandungan attach. Kadangkala majikan tidak membuka file yang diattach.
- Jika diarahkan menghatar resume online, anda boleh attach tetapi email tersebut perlu juga mengandungi ayat berbentuk surat menyatakan hasrat anda memohon pekerjaan.
- Ayat menyatakan sebab dalam email telah dinyatakan tetapi lupa memaklumkan resume yang di attach.
- Jangan merayu dalam email, tunjukkan kematangan anda terutama jika ia pertama kali anda menghantar email kepada pencari kerja.
- Jangan hantar file atau gambar-gambar yang bersaiz terlalu besar dalam email.
Tips Mohon Kerja Melalui Email
Ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan untuk memungkinkan anda mendapat pekerjaan jika memohon menggunakan email :
- Menghantar email berformat surat memohon.
- Menyatakan dengan jelas nama anda, tujuan anda dan maklumat penting lain yang diminta.
- Maklumat disertakan dengan jelas secara perenggan
- Dimulakan dan diakhiri dengan ucapan yang profesional dan matang.
Contoh email mohon kerja
Terdapat beberapa contoh permohonan kerja melalui email yang mungkin boleh anda perhatikan. Cara olahan dan susunan maklumat adalah tersusun dan nampak lebih profesional.
Dari gambar jelas menunjukkan email yang dihantar begitu jelas dan menepati tujuan. Pendahuluan email dinyatakan dengan jelas nama pemohon dan tujuan permohonan dibuat. Maklumat-maklumat penting lain seperti no telefon, alamat dan alamat email juga dinyatakan diakhir email supaya bakal majikan dapat menghubungi pemohon sekiranya ada makluman penting.
Panduan Membuat Resume dan Cover Letter
Selain membuat resume, anda juga perlu membuat resume sebagai syarat untuk memperkenal diri anda untuk membuat permohonan kerja. Kadangkala mohon melalui email juga memerlukan pemohon menghantar resume masing-masing. Terdapat rahsia membuat resume dan mudah membuat resume termasuk bahan softcopy resume. Bahan ini dikongsi oleh Tim infokerjaya boleh ke page mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut.
5 thoughts on “Contoh Email Mohon Kerja Yang Baik dan Berkesan”
encik cara nk memohon untuk e-perjawatan kerajaan pulau pinang macam mana encik..
Thaks bro, membantu.. Cuma kalau bleh ada versi word.. Senang nak edit..
nah bro aku tengah takde kerja so.. hahahaha
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan, Ni Contoh Yang Baik
Perkara: Permohonan Jawatan Kerani Akaun.
Merujuk perkara di atas, saya muhammad haffiz merupakan pelajar bergraduasi dari universiti pendidikan sultan idris dalam jurusan diploma sains. Saya ingin memohon perkerjaan yang ditawarkan oleh syarikat tuan/puan. Saya mengetahui kekosongan ini adalah dari laman sosial Facebook.
Saya juga ingin menyatakan minat dan hasrat untuk mendapatkan kerja di syarikat tuan/puan dan sanggup untuk bermula dari bawah dan keluar dari bidang yang saya pelajari sekarang.
atau emel bagi sebarang perjelasan dan maklum balas daripada pihak tuan/puan. Saya juga kepilkan bersama resume yang mengandungi maklumat diri saya. Saya berharap agar saya akan dicalonkan unt…
Dear Sir,
Good day to you,
Refer to career opportunity in advertisement, would like to apply for the post of account clerk.
Im Nur Ezzatul
dr. I’m graduated Diploma in Accountancy with CGPA 2.65 at Politeknik Port Dickson and now I’m doing part time study Bachelor Accounting at Universiti Putra Malaysia, and currently, I work at Eversafe Extinguisher Sdn Bhd as Account Clerk almost 2 years.
I do hope you can take a consideration to give me opportunity to carry out this job for me to gain working experience. I attached herewith my resume for your reference.
I’m looking forward to be called for an interview and hope to hear from you soon. Please do contact me at number :018
Permohonan Jawatan Kerani Akaun
Saya Nur Athirah bri ingin memohon untuk mengisi jawatan kosong sebagai Kerani Akaun seperti yang diiklankan di laman web Muslim Volunteer Malaysia (MVM).
Saya dari Universiti Kuala Lumpur Business School di dalam jurusan Bachelor of Business Administration (HONS) in Islamic Finance dan bakal bergraduasi pada Oktober 2017.
Untuk pengetahuan Tuan/Puan, saya sekarang didalam tempoh training di Honda Malaysia Sdn Bhd untuk tempoh kontrak.
Disini, saya sertakan bersama resume sebagai rujukan pihak Tuan/Puan.
Saya boleh dihubungi di talian +60T atau melalui email
Application for Account Clerk
Tuan/Puan, Ni Contoh Yang Baik
22 tahun baru sahaja menamatkan pengajian di UiTM Samarahan Sarawak dan telah graduasi pada mei 2017. Saya berasal dari Sabah tetapi baru sahaja menetap di Merlimau Melaka.
Saya Syazana
Saya berminat untuk memohon jawatan yang tuan/puan tawarkan iaitu kerani akaun (MVM). Saya telah sediakan resume dan sijil yang berkaitan untuk rujukan pihak tuan/puan.
Segala maklumbalas dari pihak tuan/puan amatlah saya hargai dan boleh menghubungi saya melalui nombor telefon 014
@ email ke
gmail.com
Terima kasih dgn perkongsian.. bleh kami share sebagai post utk kegunaan mereka yg lain?