Maklumat terbaru sekolah meinta setiap guru menyediakan myportfolio. Untuk guru kaunseling kami sediakan contoh myportfolio bimbingan dan kaunseling untuk memudahkan urusan dan menjimatkan masa anda. Bahan disediakan dalam bentuk softcopy msword dan anda hanya perlu edit bersesuian dengan maklumat anda.


myPortfolio adalah satu kaedah pengurusann ilmu yang memberikan penekanan kepada pengupayaan minda setiap penjawat awam dalam kerangka organisasi berpembelajaran (learning organisation). Selain sebagai dokumen rujukan rasmi yang menghuraikan maklumat pewujudan jawatan, proses kerja dan panduan menjalankan tugas bagi jawatan tersebut dalam sesebuah organisasi juga dinyatakan dalam myPortfolio.
Ciri-ciri Myportfolio
Ciri-ciri myPortfolio adalah seperti yang berikut:
- myPortfolio merupakan dokumen rujukan pada peringkat jawatan dan jabatan;
- Setiap jawatan dalam sesebuah agensi hendaklah mempunyai myPortfolio termasuk jawatan yang belum diisi;
- myPortfolio berasaskan bidang tugas dan tanggungjawab jawatan; dan
- myPortfolio mengandungi maklumat, panduan dan rujukan dalam mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan.
Asas Myportfolio
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), telah menerbitkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 8 Tahun 1991: Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja sebagai rujukan dalam penyediaan dokumen berkaitan prosedur, proses kerja dan tanggungjawab yang lebih teratur di peringkat jabatan dan individu. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan supaya tidak berlaku kesilapan dalam pelaksanaan tugas dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan.
Berdasarkan perkembangan semasa, PKPA Bil. 8 Tahun 1991 Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja telah dikaji dan ditambah baik. Inisiatif ini mengambil kira cabaran dan perubahan semasa sama ada di peringkat global mahupun domestik seperti gelombang teknologi digital, ekspektasi rakyat, dominasi golongan millennial dan Revolusi Perindustrian Keempat.
Sehubungan itu, PKPA Bil. 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dikeluarkan sebagai pendekatan baharu dalam pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawab secara yang lebih komprehensif dan teratur di agensi Kerajaan. Ketua Jabatan juga boleh meluas guna myPortfolio sebagai radas strategik dalam pengurusan sumber manusia. Sumber
Contoh Myportfolio Bimbingan dan Kaunseling
Contoh mayportfolio kanuseling adalah seperti dibawah, pastikan anda muat turun dan mengedit maklumat yang berkaitan dengan sekolah anda :
Diharapkan bahan yang diberikan dapat membantu guru kaunseling untuk lebih menjimatkan masa dalam membuat myportfolio masing-masing.
Terima kasih di atas perkongsian, hanya Allah yang mampu membalasnya
Sama2.. harap mempermudahkan