Contoh Nota Serah Tugas Perpindahan Guru

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Contoh Nota Serah Tugas

Contoh Nota Serah Tugas

Keputusan eGtukar telah dikeluarkan, pastinya guru-guru mula mencari contoh nota serah tugas perpindahan mengikut lokasiĀ  yang dipohon. Sebenarnya nota serah tugas ini bukan sahaja diperlukan untuk perpindahan sahaja, ia juga digunakan sebagai syarat pertukaran jawatan iaitu kenaikan pangkat atau peralihan jawatan seseorang kakitangan.

Dalam nota serah tugas pastinya mempunyai aspek- aspek yang menunjukkan tugas-tugas atau ringkasan maklumat penting jawatan sedia ada untuk disambung oleh penerima pengganti serah tugas tersebut. Jika nota serah tugas ini tidak disediakan, pengganti akan sukar menyambung segala berkaitan tugas yang diterimanya kemungkinan kesan atau objektif tugas akan terganggu.

Nota serah tugas ini mungkin berbeza, ada ketua jabatan yang menetapkan apa yang perlu ada dalam nota serah tugas. Walaubagaimanapun demikian, kebiasaanya serahan tugas ini mengikut standart yang selalu diamalkan oleh kebanyakan guru-guru lain sebelum ini.

Muat Turun Maklumat Contoh Nota Serah Tugas

Sebelum anda membuat nota serah tugas, anda boleh merujuk dahulu garis panduan nota serah tugas supaya apa yang dibuat menepati tujuan seuatu dokumen itu diwujudkan, ( Garis Panduan)

Contoh Nota Serah Tugas

Mengikut sumber kami dari JPN, disediakan contoh Nota serah tugas dalam bentuk Word dan PDF. Anda boleh muat turun versi word untuk anda edit supaya segala urusan anda dipermudahkan.

Kesempatan ini kami mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya dalam permohonan perpindahan ke negari yang dipohon. Mungkin ada yang kecewa setelah lebih 5 tahun permohonan ditolak. Ada juga yang mencecah belasan tahun permohoanan masih ditolak. Mungkin rezeki masing-masing, diharapkan pengurusan eGtukar terus menerus memberikan keutamaan yang sebenarnya kepada pemohon yang sepatutnya.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
trackback
2 years ago

[…] ada yang berpendapat elaun ini juga boleh dituntut jika dapat perpindahan yang dimohon atau ditetapkan. Elaun ini sebenarnya adalah berbeza kerana tuntutan pindah rumah […]

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x