Kadangkala ada yang tertanya, kenapa tidak berjaya ke universiti. Bagaimana pengiraan dan contoh pengiraan merit ke IPTA / UA dan politenik. Untuk pengetahuan, setiap permohonan UPU akan ditapis dan melalui proses merit. Merit ini adalah pengiraan khas yang dihitung mengikut pengiraan tertentu supaya ia menjadi selaras antara pesaing lain. Mata merit membantu dalam proses pemilihan berdasarkan keutamaan pada yang memperolehi mata merit tertinggi.
Pengiraan Merit Kemasukan Ke UA Dan POLITEKNIK Premier
Pengiraan Markah Akdemik
Nilai gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan markah adalah seperti berikut:
GRED | MARKAH |
A+ | 18 |
A | 16 |
A- | 14 |
B+ | 12 |
B | 10 |
C+ | 8 |
C | 6 |
D | 4 |
E | 2 |
G | 0 ( kosong ) |
Kaedah Pengiraan Markah Akademik
- 90 markah bagi 5 mata pelajaran utama.
- 30 markah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang lain
Kaedah Pengiraan Markah Akademik bagi Aliran Sains
90 markah dari 5 mata pelajaran berikut:
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut: Pengajian Kejuruteraan Awam/ Elektrik & Elektronik/ Mekanikal/ Reka Cipta/ Lukisan Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/ Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Teknologi Maklumat/ Prinsip Akaun/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Pengetahuan Sains Sukan / Pengurusan Makanan;
Dan
30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain
Kaedah Pengiraan Markah Akademik bagi Aliran Sastera
90 markah dari 5 mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Matematik
- Sains
- Sejarah
- Pendidikan Islam atau salah satu mata pelajaran berikut: Pendidikan Syariah Islamiah / Pengajian Al-Quran & AlSunnah/ Pendidikan Moral;
Dan
30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.
Pengiraan Markah Merit melibatkan komponen berikut :-
Contoh Pengiraan Merit UA dan Politeknik
Untuk lebih faham, dibawah adalah cara pengiraan merit untuk universiti awam dan politeknik premier :
Pengambilan dan pemilihan dari univeriti awam mengambil kira akademik dan aspek lain juga, sekiranya rendah untuk skor lain ia turut menjejaskan merit keseluruhan danpastinya akan melemahkan lagi persaingan merebut tempat ke IPTA/ UA serta Politeknik. Sumber : UPU