Contoh Soalan Dan Tip Menjawab Soalan PKSK

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Contoh Soalan dan Tip Menjawab Soalan PKSK

Soalan
Pentafsiran (PKSK) bagi kemasukan pelajar ke tingkatan 1 sudah pun berlalu, kini pentafsiran (PKSK) bagi calon yang ingin memasuki ke tingkatan 4 pula akan berlangsung. Pasti ibu bapa sibuk mencari contoh-contoh soalan bagi memastikan anak mereka layak untuk memasuki sekolah khusus ini. Justeru itu, hari ini kami ingin berkongsi serba sedikit berkenaan dengan tips dan cara untuk menjawab soalan yang diberikan.

PKSK

a) Contoh soalan EQ, SQ, SSQ, IQ dan pengetahuan am

Sebelum ibu bapa sibuk mencari soalan contoh untuk menjawab Bahagian A/ B/ C, apa kata ibu bapa fahami dahulu maksud EQ, SQ & SSQ ini.

Info Tambahan :  Tingkatan Enam: Subjek, Mod dan Tips Berjaya 2023

EQ : Kemampuan emosi terhadap diri sendiri dan orang lain
SQ : Kerohanian dan kemampuan jiwa menangani kehidupan seharian
SSQ : Kemampuan atau kelebihan diri berinteraksi dengan orang lain

Bagi solaan yang melibatkan EQ, SQ, SSQ ini, ibu bapa WAJIB menasihati calon agar sentiasa menjawab dalam keadaan tenang dan matang. Selain itu, harus memilih jawapan secara positif dan menjawab BUKAN mengikut emosi semata-mata.

Contoh soalan IQ dan pengetahuan am adalah:-

1)        S:- Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang pertama
            J:- Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
2)       S:- Siapakah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
          J:- Tan Sri Dato’ Sri Noor Hisham bin Abdullah
3)      S:- Bilakah tarikh Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1
          J:- Pada 18 Mac 2020
4)      S:- Apakah yang dimaksudkan dengan PKPB?
          J:- Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
5)      S:- Siapakah penjajah pertama Malaysia
          J:- Portugis
6)     S:- Tempoh Jawatan yang dipegang oleh Yang Di-pertuan Agong
         J:- 5 tahun
7)     S:- Siapakah Menteri Pendidikan Malaysia?
        J:- YB Dr Mohd Radzi Md Jidin
8)    S:- Malaysia terletak di benua?
        J:- Benua Asia Tenggara
9)    S:- Bilakah nama persekutuan tanah melayu di tukar kepada Malaysia?
        J:- 16 September 1963
10) S:- Nama pengasa Facebook
        J:- Mark Zuckerberg
11) S:- Siapakah pemain sukan squash wanita Malaysia yang pertama?
        J:- Nicol David
12) S:- Siapakah Perdana Menteri yang ke-8 Malaysia?
        J:- Tan Sri Muhyiddin Yassin
13) S:- Negeri manakah yang digelar negeri Cik Siti Wan Kembang?
        J:- Kelantan
14) S:- Negeri manakah yang paling tinggi kes COVID-19?
        J:- Sabah & Selangor
15) S:- Siapakah ketua Negara Malaysia?
        J:- Yang Di-Pertuan Agong
16) S:- Apakah industri yang diceburi oleh Petronas?
        J:- Industri Minyak dan Gas
17) S:- Berapa banyak jalur yang berada di Jalur Gemilang?
       J:- 14 Jalur yang terdapat pada Jalur Gemilang
18) S:- Apakah maksud warna biru tua pada Jalur Gemilang?
       J:- warna biru tua pada jalur gemilang melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum
19) S:- Apakah maksud bulan sabit & bintang pecah 14 pada Jalur Gemilang?
       J:- Bulan Sabit ~ Islam sebagai agama rasmi
Bintang pecah 14 ~ Perpaduan 13 negeri & kerajaan persekutuan
20) S:- Siapakah pereka Jalur Gemilang?
       J:- Mohamed Hamzah
21) S:- Apakah 3W yang disarankan oleh pihak KKM & WHO?
       J:- 3 W( Wash, wear, warn)
Wash:- Cuci tangan dengan kerap
Wear:- Gunakan pelitup hidung & mulut dikawasan yang sesak
Warn:- Amaran daripada pihak KKM yang berunsurkan peringatan
22) S:- Negara pertama yang terjangkiti virus COVID-19?
       J:- Negara China

Bagi soalan IQ dan pengetahuan am, calon-calon sangat disarankan untuk banyak membaca buku serta mengikuti perkembangan isu semasa. Hal ini disebabkan, kebanyakan pengetahuan am lebih menjerumus kepada isu semasa kerana kebanyakan soalan yang berbentuk pengetahuan am mahukan calon lebih peka akan isu semasa. Manakala soalan berkenaan dengan IQ pula lebih menjerumus kepada pembacaan.

Info Tambahan :  YAE! 2023: Permohonan Keusahawanan Untuk Anak Seni

b) Penyelesaian Masalah

Bagi soalan yang berkenaan dengan penyelesaian masalah lebih kepada pembelajaran subjek Matematik dan sains. Justeru itu, bagi calon yang memohon kemasukan ke sekolah khusus tingkatan 4 ini mereka WAJIB membuat ulangkaji dua subjek ini.

PERINGATAN!!!

Ulangkaji subjek Matematik dan sains Tingkatan 1, 2 & 3 BUKAN subjek Matematik dan Sains Tingkatan 4 pula ya.

C) Artikulasi Penulisan

Artikulasi Penulisan ini adalah soalan berbentuk karangan dalam Bahasa Melayu.

Tips mudah dalam penulisan karangan:-

Ambil masa dalam 10 min SAHAJA bagi:-
– Keluarkan idea yang terhasil daripada minda
– Sediakan sedikit huraian dalam setiap idea
√ Jadikan situasi sekeliling sebagai isi dalam penulisan karangan

PERINGATAN!!!

JANGAN ambil masa yang terlalu lama untuk menghuraikan idea ditakuti masa tidak mencukupi untuk menulis karangan.

√ Sediakan hanya 1 atau 2 peribahasa yang mudah dalam karangan agar penulisan karangan tersebut lebih boomastik

Soalan ramalan bagi artikulasi penulisan ini lebih kepada :-

  •  Pengalaman belajar secara atas talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakaan (PKP) dilaksanakan (Kebaikan dan keburukan)
  • Kebaikkan PKP kepada anak-anak
  • Apakah kesan PKP ini kepada rakyat Malaysia

“Soalan yang dikongsikan ini bukanlah soalan yang bakal keluar di dalam ujian pentafsiran PKSK ini. Tetapi soalan ini hanyalah soalan ramalan yang boleh menjadi salah satu rujukan buat calon yang bakal menduduki ujian pentafsiran ini”

Tidak salah untuk mengimpikan kemasukan kesekolah khusus ini TETAPI sekiranya anak anda tidak berjaya JANGAN marah atau salahkan mereka. Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi mereka semangat agar mereka sentiasa berusaha untuk berjaya.

INGAT bukan sekolah yang membentuk kejayaan anak-anak TETAPI guru di sekolah yang membentuk kejayaan anak-anak. Maka sekiranya anak-anak tidak berjaya memasuki sekolah khusus ini jangan pernah menyalahkan mereka TETAPI sentiasalah memberikan dorongan yang jitu agar mereka berjaya pada masa akan datang. Anak-anak adalah cerminan ibu bapa, kejayaan pelajar adalah cerminan didikan para guru di sekolah.

Rujukkan:-
1) https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/pksk
2) https://www.scribd.com/document/394267696/epal-bbm
3) https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Bendera_Malaysia
4) http://www.myhealth.gov.my/jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/cegah-covid-19-elakkan-3c-amalkan-3w/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *