Contoh Soalan PKSK 2020, Kemasukan Sekolah Khusus

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Contoh Soalan PKSK 2020, Kemasukan Sekolah Khusus PKSK ialah satu pentafsiran untuk kemasukan ke sekolah kursus.  Sebelum menduduki ujian pastinya ramai yang sedang mencari contoh soalan PKSK untuk tahun 2020 ini.  Kami ada menerima maklumat berkaitan contoh soalan PKSK dan tips tips untuk menjawab soalan PKSK

Ujian PKSK diperkenalkan pada tahun 2020 sebagai salah satu cara untuk menilai murid untuk masuk ke sekolah sekolah kursus seperti Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Tentera Diraja, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, kolej vokasional dan Sekolah Menengah Teknik

Contoh Soalan PKSK

Peperiksaan UPSR dan peperiksaan PT3 sebelum ini telah dibatalkan akibat daripada masalah covid  yang masih  belum redha.  Peperiksaan PKSK ini bukanlah gantian kepada perbezaan awam tersebut tetapi ia adalah salah satu keperluan untuk menapis kelayakan pelajar untuk ke Sekolah kursus.

Jika sebelum ini permohonan ke sekolah-sekolah tersebut dibuat secara berasingan tetapi pada tahun ini permohonan ke sekolah kursus tersebut disekalikan dan  salah satu syarat untuk masuk diterima sesuatu sebut adalah mendapat keputusan cemerlang.

Format dan komponen ujian PKSK

Syarat-syarat kemasukan sekolah kursus PSK yang akan dilaksanakan nanti mempunyai Tiga bahagian utama iaitu :

  • Bahagian A  objektif aneka pilihan Kecerdasan Insaniah,
  • Bahagian B objektif aneka pilihan  Kecerdasan Internet
  • Bahagian C dalam bentuk subjektif atau respon terbuka iaitu artikulasi penulisan yang dilaksanakan secara bertulis dan bersemuka.

Untuk wajaran markah  :

  • Bahagian A ini merangkumi 20 peratus,
  • Bahagian B pula 70 peratus dan
  • Bahagian C 10 peratus.

Bahagian B mempunyai wajaran skor yang paling tinggi yang mampu mempengaruhi markah keseluruhan ujian PKSK

Bahagian B faktor Kecerdasan intelek mempunyai  wajaran markah paling tinggi iaitu 70 peratus dan untuk bahagian Kecerdasan Insaniah dan Kecerdasan intelek dilaksanakan secara dalam talian kecuali bahagian C Aplikasi penulisan dilaksanakan secara bertulis dan bersemuka.

Tips PKSK Mengikut bahagian

  • Untuk bahagian A Kecerdasan Insaniah Soalan ini meliputi soalan-soalan Kecerdasan emosi Rohani dan Insaniah
  • Bahagian B pula iaitu soalan Kecerdasan soalan ini meliputi Kecerdasan intelek pengetahuan dan penyelesaian masalah untuk bahagian A dan bahagian B ialah 90 minit dan terdapat 10 soalan yang berbahasa Inggeris
  • Bahagian C artikulasi penulisan soalan bahagian C merupakan ujian bertulis iaitu penulisan esei 100 patah perkataan untuk Tingkatan Satu dan 250 patah kata patah perkataan bagi tingkatan 4 dan  penulisan perlu diselesaikan selama 45 minit dalam  bahasa Melayu.

Tarikh dan masa ujian PKSK

Ujian pentaksiran kemasukan sekolah kursus PKSK akan dijalankan secara serentak di pusat-pusat  peperiksaan yang dipilih dalam permohonan sebelum ini dijangka pada 12 hingga 23 Oktober 2020 bagi tingkatan 1 dan 26 Oktober hingga 6 November 2020 bagi tingkatan 4 ( Tarikh mungkin berubah kerana Pandemik Covid19 )

Bagaimana perlaksanaan peperiksaan PKSK

Ujian untuk PKSK kini dilaksanakan mengikut dua  pasar iaitu pasar satu calon dikehendaki untuk menjawab soalan UPKK bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan untuk tahun satu dan 250 patah kata patah perkataan bagi tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 40 minit

Tips Menjawab Soalan PKSK

  • Untuk menjawab soalan UPKK SQ, EQ dan SSQ , Anda perlu menjawab jawapan yang paling positif berdasarkan nilai-nilai Murni kehidupan untuk mendapatkan markah yang tinggi
  • IQ dan Pengetahuan Am berikan jawapan yang betul bagi mendapatkan markah
  • Untuk soalan pengetahuan am bagi ujian PSK boleh rujuk buku teks sejarah tahun 6 dan berita tentang isu semasa terkini
Info Tambahan :  Biasiswa SPM dan Setaraf: 5 Senarai dan Tips

Contoh Soalan PKSK

Contoh Soalan PKSK

Contoh Soalan PKSK

Contoh Soalan PKSK

Contoh soalan UPKK

  1. Labu sayong asal dari negeri mana? – Perak
  2. Adat perpatih negeri mana – Negeri Sembilan
  3. Siapa pencipta jalur gemilang – Allahyarham Mohamed bin Hamzah
  4. Produk keluaran proton – kereta.. wira, persona, perdana, X50, X70, Preve, waja, Exora, Iriz, Aruz
  5. Tindakan jika dibuli kawan – buat aduan kepada guru kelas, dan ibubapa
  6. Tindakan jika adik koyakkan kerja sekolah anda – nasihatkan adik dengan cara lembut dan beritahu ibubapa
  7. Siapa pengasas facebook – Mark Zuckerberg
  8. Tindakan jika rakan facebook ajak temujanji – menolak dengan baik dan ceritakan pada ibubapa
  9. Orang yang pertama menjejakkan kaki ke angkasa lepas – Neil Amstrong
  10. Namakan bapa pemodenan Malaysia – Dr. Mahathir Mohamad
  11. Huraikan tentang fotosintesis – proses tumbuhan membuat makanannya sendiri melalui air, klorofil, karbon dioksida dan cahaya matahari.
  12. Kalau bising, ketua kelas dan murid kena buat apa? – ketua kelas beri arahan suruh senyap, duduk di tempat masing-masing. Murid pula kena beri kerjasama dengan berhenti buat bising
  13. Apakah nama tasik yang terkenal di Terengganu? – Tasik Kenyir
  14. Muzik dan lagu untuk negeri, contohnya Dondang Sayang – Negeri Melaka
  15. Wau dari negeri mana? – Kelantan
  16. Pulau Pangkor terletak di mana? – Perak
  17. Kaum terbesar di Sabah? – Kaum Kadazan dusun
  18. Gelaran buat jaguh lumba basikal negara – The rocket pocketman
  19. Nama pemain bolasepak Spanyol – Nacho, Sergio Ramos
  20. Soalan-soalan berkaitan tinggal di asrama – Sidai pakaian di mana, berapa kali seminggu cuci pakaian kotor, waktu tidur pukul berapa dan sebagainya.
  21. Tarikh penubuhan Malaysia – 16 September 1963
  22. Matematik : operasi bergabung, nisbah, Sudoku
  23. Kalau rindu ibubapa apa perlu buat – telefon, tulis surat, hantar mesej
  24. Kalau kawan bergaduh apa tindakan anda? – memberi nasihat dengan baik-baik dan beritahu guru displin
  25. Apakah nama ibu negara Malaysia – Kuala Lumpur
  26. Le Tour De Langkawi – Sukan berbasikal
  27. Kalau tak sesuai duduk di asrama, nak buat apa? – minta nasihat guru dan ibu bapa dan berikan sebab mengapa tak sesuai
  28. Kawan-kawan tak suka dengar ceramah, apa tindakan anda? – Nasihati kawan dengan baik dan cerita faedah ceramah tersebut kepada kita
  29. Kalau sepak bola terkena tingkap, apa tindakan anda? – Meminta maaf dan mengakui kesilapan anda
  30. Siapakah pengasas Apple? – Steve Jobs
  31. Sela masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) – 18 Mac 2020 – 31 Disember 2020 (5 Bulan)

Fasa 1 : 18 Mac – 31 Mac 2020

Fasa 2 : 1 April – 14 April 2020

Fasa 3 : 15 April – 28 April 2020

Fasa 4 : 29 April – 12 Mei 2020

Fasa 5 (PKPB) : 13 Mei – 9 Jun 2020

Fasa 6 (PKPP) : 10 Jun – 31 Ogos 2020

Fasa 7 (PKPP) : 1 September – 31 Disember 2020

  1. Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 8? – Muhyiddin Yassin
  2. Apakah video dihasilkan Sugu Pavithra? – video masakan
  3. Apakah tema Hari Kebangsaan 2020? – Malaysia Prihatin
  4. Wabak Covid 19 berpunca daripada apa? – virus Covid 19
  5. Wabak Covid 19 mula dikesan di mana? – negara China
  6. Siapakah Safawi Rasid ? – bintang bola sepak JDT
  7. Safawi Rasid berhijrah ke Portugal sertai kelab apa? – Portimonense SC
  8. Apakah maksud zon merah Covid 19 – kawasan positif Covid 19 yang tinggi
  9. Siapakah frontliners / petugas barisan hadapan Covid 19 – doktor, jururawat, polis, askar, bomba, sukarelawan, kakitangan hospital / makmal perubatan
  10. Apakah banjaran terpanjang di Malaysia – Banjaran Titiwangsa
  11. Apakah sungai terpanjang di Malaysia – Sungai Rajang
  12. Apakah gunung tertinggi di Malaysia – Gunung Kinabalu
  13. Apakah tasik air tawar / semulajadi terbesar di Malaysia – Tasik Bera
  14. Apakah tasik buatan terbesar di Malaysia – Tasik Kenyir
  15. Apakah planet paling panas – Zuhrah / Venus (planet ke 2 dari matahari)
  16. Apakah planet paling sejuk – Uranus
Info Tambahan :  Pusat Tuisyen KAMI: Membangun Peluang Melalui Pendidikan Berkualiti

CONTOH SOALAN PKSK ARTIKULASI PENULISAN

Soalan Artikulasi Penulisan PKSK adalah penulisan esei atau karangan dalam Bahasa Melayu. Murid disarankan untuk membuat latihan penulisan Bahasa Melayu seperti persediaan untuk UPSR sebelum ini. SILA BAWA PEN!

Antara topik ramalan Artikulasi Penulisan PKSK ialah:

  • Ceritakan pengalaman atau aktiviti semasa tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)
  • Apakah wabak Covid 19 dan bagaimana menghindari wabak tersebut
  • Bagaimana mengatasi masalah sosial remaja?
  • Apakah kesan buruk gajet kepada remaja?
  • Ceritakan pengalaman percutian anda yang paling seronok.
  • Apakah kesan buruk pandemik Covid 19?
  • Apakah kebaikan dan keburukan media sosial kepada kanak-kanak dan remaja?
  • Bagaimanakah anda meneruskan pembelajaran online semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
  • Apakah pengalaman paling manis yang pernah anda alami dalam hidup anda?
  • Topik bencana alam
  • Huraian peribahasa Buat Baik Dibalas Baik, Buat Jahat Dibalas Jahat
  • Jika anda mendapat wang cabutan bertuah sebanyak RM2,000, apakah yang anda akan lakukan?
  • Ceritakan tindakan anda semasa Covid 19.
  • Anda terdampar di sebuah pulau. Apakah tindakan anda?
  • Bagaimanakan didikan agama dapat mengatasi masalah sosial di kalangan remaja?
  • Apakah norma baharu semasa Covid 19?
  • Apakah kemahiran yang anda perolehi semasa tempoh Perintak Kawalan Pergerakan (PKP)?
  • Jika anda diberikan RM100,000, bagaimana cara anda berbelanja secara berhemah?
  • Apakah cara-cara untuk menjaga alam sekitar?
  • Anda diminta mencipta alat untuk menjaga alam sekitar. Apakah alat tersebut dan fungsinya?
  • PKSK di kawasan yang dikenakan PKPB iaitu Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah ditangguhkan sehingga satu tarikh yang belum ditetapkan. Manakala ujian PKSK di kawasan lain yang tidak terjejas telah berjalan seperti biasa.
  • Berikut adalah beberapa tips PKSK yang mungkin berguna untuk calon PKSK yang belum lagi menduduki ujian PKSK.

Kepelbagaian Soalan PKSK Mengikut Negeri

  • PKSK Melaka : Matematik ada 5 soalan, Sains 1 soalan, BANYAK SOALAN PENGETAHUAN AM, EQ & IQ
  • PKSK Terengganu : BANYAK SOALAN MATEMATIK. Bahasa Inggeris 10 soalan. Sains tak banyak

Untuk sebelum ini, murid boleh bawa kalkulator. Kalkulator biasa bukan yang saintifik. Kebanyakan soalan matematik adalah pengiraan mudah sahaja dan tidak perlu kalkulator.

BAWA PEN untuk Artikulasi Penulisan. Murid diminta menggunakan PEN.

Akhir sekali, soalan PKSK adalah berbeza mengikut negeri, apa yang perlu ialah aspek positif dalam diri murid, pastikan murid tahu tokoh-tokoh penting dan isu semasa. Pihak kami hanya membantu membekalkan maklumat dari sumber-sumber. Soalan yang digambarkan tidaklah tepat dan TIDAK menjamin ia akan keluar kerana mungkin ia berbeza-beza mengikut pengurusan dan tempat. Calon dinasihatkan untuk banyak membaca untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuani. Harap membantu

 

1 thought on “Contoh Soalan PKSK 2020, Kemasukan Sekolah Khusus”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top