Juruteknologi makmal perubatan atau ( medical laboratory technologist ) , merupakan satu bidang pekerjaan yang mencabar dibawah makmal klinikal dan makmal patologi. Course Juruteknologi makmal perubatan ini mungkin agak asing bagi pelajar kerana ia agak kurang popular disebut dan kurang pendedahan.
Antara pekerjaan yang dilakukan oleh juruteknologi makmal perubatan ialah menganalisis darah , menganalisis cecair badan, menganalisis sel – sel dan menganalisis tisu manusia atau binatang mereka yang berkerja sebagai juruteknologi makmal perubatan ini juga bekerja sebagai pembantu doktor dimana mereka ini diberi pekerjaan untuk mengkaji dan menyelidik jenis penyakit yang dialami oleh pesakit dan kaedah atau rawatan yang sesuai diberikan kepada pesakit tersebut.
Syarat Kelayakan Juruteknologi Makmal Perubatan
Antara kelayakan – kelayakan asas yang diperlukan untuk memohon jawatan juruteknologi makmal perubatan ialah
- Warganegara Malaysia
- Lelaki atau perempuan bujang
- Berumur 18 tahun dan sehingga 25 semasa tarikh tutup iklan jawatan
- Diploma dalam teknologi makmal perubatan daripada kolej teknologu makmal perubatan kementerian kesihatn Malaysia yang diktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf seteraf dengannya.
- Lulus dalam Bahasa melayu ( termasuk lulus ujian lisan ) dalam sijil pelajaran malaysia SPM atau kelulusan yang setaraf dengannya.
Dalam pada itu semasa para pelajar menjalani latihan dalam bidang ini mereka diberi keistimewaan dalam
– Menerima alaun yang melebihi RM 800 ringgit sebulan selama 3 tahun
– Diberikan kemudahan tempat tinggal iaitu asrama
– Mereka diberikan juga dengan kemudahan pengangkutan yang selesa pergi dan balik kuliah
– Uniform
– Tiada yuran pengajian
– Kemudahan yuran seperti yuran alat tulis dan sebagainya
– Yang paling penting ialah mereka diberikan jaminan pekerjaan selepas tamat latihan dalam bidang ini .
Namun begitu sekiranya pelatih atau pelajar sudah mengikat kontrak dengan pihak kerajaan mereka perlu berkhidmat sekurang kurangnya lima tahiun dalam sector awam. Selepas mereka tamat belajar dalam bidang juruteknologi makmal perubatan
Deskripsi tugas
- Kajian atau penyelidikan .
– Mengambil sampel kajian daripada pesakit atau bnatang
– Menyediakan ujian dan simpanan reagcut, media dan lain-lain
– Membantu dalam kerja- kerja pembedahan mayat yang berkaitan dengan undang –undang.
- Pentadbiran
– Menerima, merekod dan mengirm sampel – sampel untuk ujian–ujian yang dibuat
– Menyelenggara perjalanan,, pembersihan dan kelengkapan makmal
– Tugas – tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.
Berikut merupakan gaji juruteknologi makmal perubatan
Gaji minimum pekerjaan sebagai juruteknologi makmal perubatan | Gaji maksimum pekerjaan sebagai juruteknologi makmal perubatan | Kadar kenaikan gaji tahunan |
Ringgit Malaysia (RM )
1797.00 |
Ringgit Malaysia (RM)
5753.00 |
Ringgit Malaysia ( RM)
145 00 |
Gaji minimum bagi pekerjaan sebagai juruteknolgi makmal perubatan ialah sebanyak RM 1797.00 ringgit manakala gaji maksimum pekerjaan seb agai juruteknologi makmal perubatan Malaysia ialah sebanyak RM 5753.00 jika dilihat pada jadual diatas koadar kenaikan gaji tahunan bagi pekerja dalam bidang ini ialah sebanyak RM 145. 00 setiap tahun. Lumayan bukan.
Setelah meneliti dan mengkaji tentang bidang teknologi makmal perubatan ini saya mendapati bahawa pekerjaan ini sebagai satu bidang yang sangat mencabar namun begitu jika ada minat yang mendalam untuk berkerja di makmal pekerjaan ini merupakan pekerjaan yang paling sesuai dengan anda. Selagi anda tidak berputus asa dalam mengejar impian anda pasti berjaya.