Cuti Belajar Atau Program Penajaan KPM

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Cuti Belajar Atau Program Penajaan KPM 1

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan cuti belajar atau program penajaan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Ianya bagi memberi lalulan kepada mereka untuk mengikuti penajaan di peringkat pascasiswazah (Ijazah Sarjana dan kedoktoran) bertujuan untuk membangunkan warga pendidik yang kompeten.

Ianya bagi memenuhi keperluan strategik pendidikan negara demi memartabakan Profesion Keguruan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) tahun 2013-2025.

Setiap tahun perancangan kelulusan cuti belajar/ program penajaan bagi PPP adalah diselaraskan oleh Bahagian Profesionalisme Guru (BPG) serta bahagian biasiswa dan pembiayaan (BBP). Ianya bertepatan dengan perancangan strategik penajaan dalam pembangunan profesionalisme PPP “Strategic canvas”.

Cuti Belajar Atau Program Penajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Cuti belajar

Cara perlaksanaan cuti belajar/ program penajaan KPM adalah seperti berikut. Bagi tahun 2021, pihak KPM telah membuka permohonan ini kepada PPP untuk melanjutkan pengajian dalam bidang dan pengkhususan berdasarkan ketetapan dan keperluan KPM. 

PERHATIAN!!!

PPP perlu memastikan bidang yang dimohon adalah berkaitan dengan :-

  • Kelayakan akademik yang telah dimiliki
  • Kesesuaiian opsyen atau pengalaman perkhidmatan
  • Perancangan peningkatan kerjaya pada masa akan datang

PPP yang memohon cuti ini HARUS lah mematuhi ketetapan KPM untuk mengikuti pengajian dalam dua mod bagi permnohonsn Ijazah Sarjana. Mod yang dimaksudkan iaitu:-

  • Mod campuran (kerja kursus dengan disertasi/ tesisi)
  • Mod penyelidikan sepenuhnya
“Bagi pengajian kedoktoran mod penyelidikan sepenuhnya disediakan”

Nasihat bagi PPP yang mahu memohon cuti belajar ini. Mereka amatlah DIGALAKAN :-

  • Kedudukan Membuat persediaan dan perancangan awal termasuklah mengenalpasti universiti-universiti yang menawarkan bidang pengajian yang dipohon
  • PASTIKAN PPP mendapat pensyarah yang berkelayakan serta berkepakaran bagi dilantik sebagai penyelia sewaktu pengajian kelak
Info Tambahan :  Selepas SPM 2023 Apa yang Kita Boleh Buat?

Setelah selesai melakukan pemilihan, PPP yang berjaya akan dipanggil untuk ditemu duga oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sekiranya PPP yang berjaya dipanggil untuk temu duga DINASIHATI untuk membuat persediaan yang baik sebelum menghadiri temu duga.

Persiapan yang baik termasuklah telah membuat permohonan kemasukan ke:-

  • Universiti Awam dalam Negara bagi peringkat sarjana dan kedoktoran atau
  • Universiti terkemuka luar negara yang telah ditetapkan oleh pihak KPM
“Permohonan adalah berdasarkan kepada bidang yang dipohon”

Tujuan permohonan universiti pada awal waktu setelah anda berjaya menempatkan diri ke peringkat temu duga bagi memastikan terdapat tempat kemasukan sesi September/ Oktober 2021 sekiranmya anda berjaya ditawarkan cuti belajar/ penjaan kelak. 

PERINGATAN!!!

Selain daripada perkara diatas, PPP juga perlu menyediakan kertas cadangan penyelidikan yang berkualiti dan ASLI bersesuaian dengan bidang yang dimohoin berserta slaid pebentangan yang perlu dibawa semasa menghadiri temu duga.

PPP yang berjaya dalam sesi temu duga akan menerima SURAT TAWARAN BERSYARAT dan WAJIB menghadiri Program Persediaan bagi suatu tempoh yang akan ditentukan oleh pihak KPM. Pada masa yang sama, PPP juga WAJIB LULUS ujian bertulis yang diadakan semasa program persediaan diadakan. 

Info Tambahan :  Pusat Tuisyen KAMI: Membangun Peluang Melalui Pendidikan Berkualiti

INFO TAMBAHAN!!!

Kegagalan PPP untuk menghadirkan diri ke program persediaan boleh mengakibatkan penawaran penajaan TERBATAL. PPP yang mendapat cuti belajar/ penajaan ini WAJIB menamatkan pengajian dalam tempoh masa cuti belajar yang diluluskan (Graduate On Time)

Cuti belajar

Buat pengetahuan PPP, masa tempoh cuti belajar ini juga LAYAK diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan. Pada masa yang sama, PPP boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat dalam tempoh pengajian sekiranya PPP telah memenuhi syarat dalam skim perkhidmatan berkenaan.

Sebarang pertanyaan mengenai cuti belajar atau Program Penajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini boleh terus ke:-

Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa dan pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251,
Jalan Usahawan 1,
6300 Cyberjaya, Selangor
(U. P : Puam Nur Izzati binti Marzuki/ Cik AIna Shaharina binti Ahamad/ Puan Jamilah binti Yahya/ Puan Badauyah binti Abdul Rahim/ Encik Asri bin Asmuni)

No Telefon:- 03-8321 7147/ 7147/ 7144/ 7154/ 7151
Faks : 03-8870 6839
Email : [email protected] 

Diharapan segala penerangan yang diberikan ini mampu meningkatkan kefaham para guru berkenaan dengan syarat perlaksanaan cuti belajar/ program penajaan KPM ini. Guru adalah pendidikan yang tiada galang gantinya justeru itu ambillah segala kelebihan yang diberikan untuk melahirakn generasi yang bijak pandai pada masa akan datang.

Rujukan:-

https://www.moe.gov.my/en/pekeliling/630-garis-panduan-cuti-belajar-bergaji-penuh-pegawai-perkhidmatan-pendidikan/file

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top