Cuti Sekolah Awal Hari Raya Aidilfitri 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Cuti Sekolah Awal Hari Raya Aidilfitri 2012 1
Cuti Raya ( Klik Untuk Besarkan )

Menurut sumber dan pekeliling, cuti awal akan diberikan sempena Aidilfitri tahun 2012 ini. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan hari Jumaat 17 Ogos 2012 sebagai cuti berganti untuk sekolah.

Cuti yang diberikan bagi memberikan keselesaan dan kemudahan kepada semua pihak untuk pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangkakan pada hari Ahad 19 Ogos 2012 ini. Kemudahan cuti berganti ini hanya bagi sekolah yang terdapat di negeri Kumpulan B yang mana hujung minggunya adalah hari sabtu dan Ahad.

Untuk mengambil cuti hari tersebut, pihak sekolah perlulah terlebih dahulu memohon cuti berganti tersebut kepada pendaftar masing-masing untuk kelulusan, untuk mengganti pula dicadangkan pada hari sabtu 22 September 2012.- Sumber

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top