Cuti Sekolah Bukan Guru Perlu Jaga Pejabat

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Satu status menarik dari seorang menteri pendidikan yang juga bekas guru berkaitan luahan guru yang terpaksa ke sekolah semasa cuti sekolah akhir tahun. Sebenarnya perkara ini telah lama berlaku untuk kebanyakan sekolah dan kini mula diperbetulkan oleh Menteri Pendidikan Sendiri. Keperihatinan ini boleh dipuji dan menunjukkan satu persatu masalah tradisi sekolah mula diperbetulkan oleh pihak atasan.

Status cuti
Status cuti

Menerusi status yang dikeluarkan menerusi media sosial, mengundang pelbagai komen dan timbulnya masalah-masalah tradisi lain yang juga mungkin perlu diperhalusi oleh pihak atasan. Antara isu yang kerap timbul dalam ruangan komen tersebut termasuk :

  • Mengajar bukan lagi perkara utama dalam pendidikan kerana guru dihujani kerja-kerja pejabat.
  • Guru terpaksa ke sekolah waktu cuti penggal menjaga urusan pejabat sekolah
  • Guru tertekan dengan e-failing yang semakin hari semakin bertambah.
  • Guru minta kaji semula klausa “ tertakhluk budi bicara ketua jabatan “ , “ cuti bukan hak tapi kemudahan ‘ dan pelbagai lagi klausa yang meragukan.
  • Isu cuti 10 hari dan 7 hari
  • Isu perpindahan guru saban tahun
Info Tambahan :  YPJ 2023: Permohonan, Syarat dan Panduan Lengkap

Untuk pengetahuan, urusan pejabat semasa cuti memerlukan seorang pegawai untuk proses membuat keputusan atau menandatangani dokumen pengurusan. Kebiasannya pentadbir sekolah amat diperlukan untuk proses pejabat tersebut. Sebelum ini golongan pentadbir akan membuat tugasan secara bergilir untuk bertugas semasa cuti. Namun demikian, ada juga sekolah yang menetapkan guru juga dimasukkan dalam jadual bertugas semasa cuti tersebut.

Amalan tersebut semakin hari semakin di laksanakan dan sehingga kini Menteri Pendidikan sendiri yang memberi teguran. Langkah memberi teguran dan mengeluarkan pekeliling arahan dilihat bertepatan demi menjaga kebajikan guru di peringkat pelaksana.

Bukan semua sekolah yang terlibat dengan isu ini, menerusi komen yang diberikan, ada juga guru besar dan pengetua yang banyak bekerjasama dan mengutamakan kebajikan guru. Tindakan pengetua dan Guru besar tersebut harus dipuji kerana banyak mempermudahkan kesulitan yang ada.

Info Tambahan :  Yayasan Bank Rakyat: Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) 2023

Pekeliling Berkaitan Hadir Waktu cuti

Sejurus isu tersebut timbul, satu pekeliling digunapakai berkaitan penggunaan cuti sekolah dan kehadiran bertugas dikeluarkan.

Cuti Sekolah Bukan Guru Perlu Jaga Pejabat 1

Cuti Sekolah Bukan Guru Perlu Jaga Pejabat 2

Melalui pekeliling tersebut jelas arahan supaya guru tidak perlu kesekolah selain dari urusan rasmi seperti kursus, mengawas peperiksaan awam dan bukannya bertugas menjaga pejabat sekolah secara bergilir-gilir.

Bagaimana dengan isu lain?

Jika dilihat pada respon guru melalui status tersebut masih banyak isu-isu yang perlu diperhalusi oleh pihak KPM. Jika mengikut sebelum ini, isu-isu yang timbul memang ada setiap tahun dan ianya perlu diperbaiki demi kualiti pendidikan dan keberkesanan pendidikan akan datang. Hal ini kerana tenaga guru lah yang saban hari dikerah untuk memberi ilmu kepada pelajar-pelajar. Pihak kami yakin KPM sedang melakukan sesuatu yang baik untuk kebaikan bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *