Jika dahulu pendaftaran anak tahun satu dijalankan secara manual, kini ibu bapa boleh daftar anak tahun 1 secara online dimana sahaja asalkan mempunyai capaian internet dan ianya dibuka 24 jam. Sistem permohonan ke tahun 1 kemasukan 2019/2020 ini dibuka selama sebulan sehingga 30 April 2018. Permohonan ini adalah bagi kemasukan darjah 1 tahun tersebut dan ianya melibatkan seluruh malaysia termasuk sabah, sarawak dan Labuan.


Cara Daftar Anak Tahun 1 Online
- Sistem Pendaftaran Atas Talian boleh dicapai melalui alamat berikut: https://public.moe.gov.my
- Browser yang sesuai digunakan adalah Internet Explorer (IE) 7 ke atas dengan resolusi paparan adalah 1024 X 768 pixel atau Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas atau Google Chrome.
- Jika anda pengguna kali pertama perlulah mendaftar kali pertama terlebih dahulu.
- Setelah selesai mendaftar pengguna kali pertama , anda boleh terus login menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan sebelumnya.
Untuk kemudahan proses permohonan dan mendaftar kali pertama, Manual Pengguna disediakan. Pastikan anda meneliti terlebih dahulu manual pengguna sebelum mengguna sistem.
Pada keseluruhannya, penggunaan sistem ini adalah lebih mudah kerana setelah login, paparan pendaftaran adalah jelas dan mudah.
Maklumat penting lain
Jika anda masih kurang faham dengan sistem pendaftaran darjah 1 ini bolehlah meneliti soal jawab dibawah melalui sumber KPM :
Mengapakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan?
- Memudahkan permohonan ke tahun 1 dan sekolah kawalan tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.
Bagaimanakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini berfungsi?
- Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1 dan ke sekolah kawalan.
Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna?
- Ibu bapa dan penjaga.
Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar sebagai pengguna baru?
- Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar . Rujukan: Manual Pengguna.
Selepas membuat pendaftaran, saya mendapati No. Mykad yang dimasukkan adalah salah, apakah yang harus saya lakukan?
- Sila daftar semula dengan menggunakan No. Mykad yang betul.
- Sekiranya telah memohon menggunakan ID Pengguna yang salah atau menggunakan MyKid murid, Pengguna boleh teruskan permohonan dengan menggunakan ID tersebut.
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?
- Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.
- Mohon semak Email (berdasarkan email yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)
Bagaimanakah jika Email yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN?
- E-mel kepada pihak admin. (Dengan subjek email: Email tidak sah untuk fungsi katalaluan)
Bagaimanakah jika hendak mengemaskini maklumat pengguna sistem selain dari ID Pengguna?
- Sila Daftar Masuk terlebih dahulu, kemudian klik butang menu UTILITI.