

Pendaftaran mengundi, daftar pemilih, Bagaimana hendak daftar undi? itu persoalan yang timbul. Mungkin ramai lagi antara kita yang tidak tahu bagaimana hendak mendaftar undi. Mungkin dah banyak sebaran tentang bagaimana untuk mendaftar sebagai pemgundi, tetapi mungkin ramai yang masih kurang pasti mungkin kerana terlalu banyak tempat pendaftaran yang boleh dibuat.
Untuk pengetahuan, dalam akhbar Berita Harian menyatakan ada pendaftaran online, petikan nya seperti dibawah :
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai hari ini menyediakan kemudahan pendaftaran sebagai pemilih secara online dengan memuat turun Borang A menerusi laman web www.spr.gov.my.
Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata kemudahan memuat turun Borang A secara online itu bertujuan menggalakkan lebih ramai warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas mendaftar sebagai pemilih.
“Kemudahan ini disediakan kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) dan orang ramai, kemudahan ini juga membolehkan semua PPP yang dilantik SPR muat turun borang A mengikut keperluan mereka,” katanya dalam satu kenyataan yangdikeluarkan di sini hari ini.
Tapi bagaimana cara nak daftar online? kalau menurut akhbar Berita harian ada memberitahu sedikit cara pendaftarannya :
Menurutnya warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh memuat turun borang tersebut, bagaimanapun, pemohon dihendaki membuat salinan Borang A untuk simpanan mereka sebelum menghantar borang tersebut ke kaunter-kaunter pendaftaran pemilih SPR.
Mungkin pendaftaran online yang dimaksudkan ialah dengan secara online mendownload borang A. Kalau begitu, hasil dari tinjauan ke web SPR bahawa cara mendaftar online adalah seperti dibawah :
- Lawati Laman web http://www.spr.gov.my/
- Download borang dengan klik di butang ” Muat Turun Borang A ” atau klik sini
- Anda akan dinyatakan syarat pemohonan dan diberi pilihan 3 jenis kategori seperti parti politik, wakil jabatan, individu.
- Jika pendaftaran individu boleh download di sini
- Isi borang tersebut, Hantar sendiri borang permohonan ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau melalui Penolong Pendaftar SPR * Pejabat pos? itu aku tak pasti.
- Jangan lupa kepilkan sekali salinan kad pengenalan bersama borang permohonan tadi, jangan lupa simpan salinan permohonan untuk rujukan.
Kenapa Masih Ramai Tidak Mendaftar
Kebiasaanya alasan mereka yang tidak mendaftar, antaranya tiada masa, tak tahu cara nak daftar, banyak sangat yang dinyatakan tempat mendaftar tak pasti nak daftar dimana, dan ada juga yang segan nak mendaftar sebab takut dikatakan dah terlambat terutama di pejabat pos.
Kebolehan mendapatkan borang A secara online ni bagus sebab memudahkan akses. Cuma bab pergi hantar borang pemohonan mengundi tu yang tidak pasti sangat.
Macam mana kita nak daftar undi
Pingback: Semak Lokasi Mengundi dan Tukar Tempat Mengundi
How to register online? I can’t find any web-sites or from to register the SPR. Please advice.
saya tidak tauh mana dafta
Cara pndaftran myusahkan
macam mana nak daftar undi secara online
Kalau dah isi ini dah di kira sudah daftar ke?
Macam mane nak submit secare online ni..boleh bagi tahu….
sy mau undi tapi ta tau mcm mama tlh sy
saya x daftar lagi…masih boleh daftar lagi ke sekarang ni???
saya baru mendaftar pemilih 08 Feb 2013, tetapi bila saya semak daftar pemilih tak da pula nama saya.apa kah yang harus saya lakukan.
saya nk mengundi tapi blum daftar so nk daftar mcm mna?
Boleh dafta undi online?
Bolekan dafta undi Online?
saya nak mengundi tapi tak tahu bagaimana dan di mana
MENGUNDI YANG BENAR