Perlambakan doktor. Satu kebaikan atau keburukan?

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Perlambakan doktor. Satu kebaikan atau keburukan?

Perlambakan doktor. Satu kebaikan atau keburukan? 1

Sekolah perubatan swasta kini berkembang pesat seperti cendawan tumbuh selepas hujan di seluruh negara. Malahan, mereka melahirkan lebih banyak graduan doktor berbanding apa yang mampu diambil oleh hospital-hospital kerajaan.

Bukan itu sahaja, kelayakan kemasukan dahulunya amat ketat terutamanya jika ingin menyertai sekolah perubatan kerajaan. Namun, kini, kelayakan yang diperlukan adalah tidak dititikberatkan, malahan, boleh dikatakan setaraf sahaja dengan jurusan-jurusan lain. Yang penting bagi sekolah-sekolah perubatan milik swasta ini adalah, mereka yang ingin menyertai adalah dari golongan berada dan mampu membayar yuran kemasukan dan yuran belajar sepanjang berada di tempat tersebut.

Kerana itulah, graduan doktor yang dihasilkan kebelakangan ini dilihat amat merudum pencapaiannya. Mereka menghabiskan masa 5-6 tahun di sekolah perubatan dan keluar tanpa ilmu yang cukup dan diperlukan bagi merawat pesakit. Memang benar, setiap manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan, namun, kesilapan yang dilakukan ini adalah dari permulaannya lagi.

Bukan itu sahaja, sekolah-sekolah yang melatih pelajar perubatan ini jua kebanyakanya adalh kekurangan dari segi tenaga pengajar dan juga kemudahan untuk belajar. Kurangnya tempat untuk latihan di hospital-hospital besar kerana terlalu ramai pelajar perubatan dalam satu-satu masa. Inilah perkara yang perlu diutamakan untuk pertimbangan. Adakah negara Malaysia patut terus begini. Adakah kita mahu menghasilkan BANYAK doktor atau ingin melahirkan doktor yang BERKUALITI?

Akhirnya, tidak lama lagi akan ada sebilangan besar doktor di masa yang akan datang sebenarnya kekurangan latihan dan kemahiran klinikal bergraduasi dari sekolah perubatan yang terdapat di Malaysia.

Semua graduan doktor perlu menjalani ‘housemanship’ selama 2 tahun. Dan kemungkinan besar di masa akan datang para doktor adalah diwajibkan bekerja dengan kerajaan selama 3 tahun sebelum boleh mempraktikkan di luar. Selain itu, mereka yang mengambil JPA sebagai biasiswa membiayai pelajaran mereka, perlu berkhidmat selama 10 tahun dengan kerajaan. Maka, kemanakah ingin ditempatkan para graduan doktor yang berlambak ini kelak?

Ini bermakna doktor-doktor tersebut berkemungkinan besar akan bergelar penganggur kehormat.

Ini hanyalah pendapat saya berdasarkan senario yang saya rasai sebagai pelajar di sekolah perubatan. Diharapkan, mutu doktor di masa akan datang adalah lebih cemerlang. InsyaALLAH.

~niaron~

One thought on “Perlambakan doktor. Satu kebaikan atau keburukan?

  1. Banyak bidang pekerjaan sudah melambak pelajarnya bukan sahaja Doktor. Pilot pun lebih, guru pun lebih. Dari pengamatan dan pengetahuan saya seseorang yang ingin menjadi Doktor mengambil masa 5-6 tahun kemudian bila keluar ada Dr dipangkal nama bangga bukan main. Tetapi untuk menghasilkan seorang jurutera yang ada Ir atau Ar memakan masa yang paling lama. Itu pun doktor-doktor yang tak sedar diri sentiasa nak bayaran lebih. Nak jadi Dr pakar kursus setahu atau dua tahun kemudian buat latihan kelayakan. Nak dapat PhD (pakar) makan masa bertahun-tahun. Syukurlah kalau dah banyak faedah sudah diberi kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *