Semua orang akan berfikir tentang duit terutama bagi mereka yang telah berkahwin. Berdasarkan tinjauan rawak yang dibuat menemukan statistik bahawa rata-rata golongan yang berumur 20 tahun ke atas mula fikirkan tentang duit dan aset mereka. Oleh itu untuk kali ini ingin dihuraikan sedikit peringatan tentang sifat manusia yang berkaitan dengan selepas mendapat duit.
Duit boleh dicari dengan bekerja dan beniaga serta menawarkan perkhidmatan, kadar duit yang kita dapat adalah kadangkala dalam bentuk tetap ataupun ada naik turunnya. Apabila ada duit biasanya perkara yang tidak dapat lari ialah berbelanja. Hal ini kerana pendapatan dan perbelanjaanya adalah saling berkaitan.
Perasankah anda tentang perbelanjaan dan pendapatan ini? yang mana berlaku dulu? perbelanjaan baru pendapatan ataupun pendapatan dahulu baru perbelanjaan? Maksudnya adakah kita berbelanja dahulu barulah kita mencari duit untuk menampung kos perbelanjaan tu? ataupun kita mengumpul pendapatan dahulu barulah kita berbelanja?Mungkin anda mula berfikir nampaknya perbelanjaan dahulu baru pendapatan adalah tidak relevan. Tetapi sedarkah kita kadangkala ada kalangan kita ini yang berfikiran dan berprinsip begitu? Mungkin ada yang tidak sedar, ada juga yang sedar dan ada juga yang sengaja menerima sebagai perinsip hidup.
Sifat semulajadi manusia inginkan keseronokan menyebabkan banyak perkara menjadi idaman, ini dipengaruhi oleh gaya hidup dan saingan dari persekitaran. Kadangkala nafsu ingin menunjuk juga mengaburi keupayaan seseorang itu. Sebenarnya perlu untuk kita renungi tentang kehendak dan keupayaan. Setiap kali ingin berbelanja perkara yang penting untuk kita fikirkan iaitu tentang keupayaan kita dan bukannya kemahuan.
Satu perkara yang kita tidak sedar ialah apabila kita mendapat pendapatan lebih dari biasa kita akan mula berfikir untuk menambah perbelanjaan. Tindakan ini membuatkan kita sentiasa menghadapi ketidakcukupan dalam pendapatan. Sedangkan kita telah biasa berbelanja mengikut pendapatan sebelum ini. Adalah penting untuk kita sedar dan berhati-hati bila kita mendapat pendapatan tambahan seperti tambahan gaji, hasil jualan… kerana mungkin ada kemahuan yang akan mempengaruhi diri anda untuk berbelanja lagi dan lagi…