DELIMA : Cara Memuat Turun Buku Teks Digital Asas Melalui Pelantar Pembelajaran Digital Delima

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

DELIMA

DELIMA : Cara memuat turun buku teks digital asas melalui pelantar pembelajaran digital delima bagi memudahkan pelajar mendapat penggunaan buku teks secara digital. Justeru itu, pelajar mahupun ibu bapa WAJIB ketahui cara untuk memuat turun buku teks digital menerusi pelantar pembelajaran digital DELIMA.

Kelihatan seperti mudah untuk membuatkan para pelajar faham apa yang di ajari oleh guru TETAPI sebenarnya pemeblajaran secara atas talian ini sangat sukar. Justeru itu, haragailah setiap kepayahan yang anda rasai itu TERUTAMANYA pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM/ STPM. 

***USAHA TANGGA KEJAYAAN, TANPA KEPAYAHAN MAKA TIDAK INDAHLAH KEJAYAAN ITU***

APA ITU PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA

Delima

DELIMA adalah Digital Educational Learning Initiative Malaysia.

Pembelajaran digital DELIMA adalah penjenamaan semula platform MOE Digital Learning. Ianya menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan juga pelajar untuk belajar secara dalam talian seperti musim PdPR ini. Justeru itu, amatlah dititikberatkan kepada para pelajar dan ibu bapa untuk mengetahui serba sedikit teknik memuat turun buku teks digital ini.

DELIMA : Cara Memuat Turun Buku Teks Digital Asas Melalui Pelantar

Delima

Pembelajaran Digital Delima


1) PASTIKAN murid/ guru mempunyai ID DELIMA yang boleh diperolehi dariapda pentadbir DELIMA di sekolah masing-masing
2) Layari laman web atau portal DELIMA di http://www.moe-dl.edu.my
3) KLIK pada kata log masuk (yang berwarna biru)
4) Masukan ID dan Kata Laluan DELIMA anda yang telah diberikan oelh pihak pentadbir (admin) di sekolah
5) Pilih menu yang bersesuaian pada antara muka (interface) MENU sama ada murid atau guru
6) Pilih IKON Buku Teks Digital
7) Pilih tahun atau tingkatan yang dikehendaki pada senarai yang tertera
8) Pilih jenis sekolah sama ada (SK/ SJK/ SJKT/ KSSR)
9) Pilih judul buku teks yang ingin dimuat turun
10) Buku teks digital asas sudah boleh digunakan

Disebabkan kini dunia hanya dihujung jari maka ianya lebih memudahkan anak belajar dirumah walaupun pada musim pandemik ini. Kelihatan PdPR ini sukar untuk di ikuti tetapi dengan adanya buku teks digital ini, ianya lebih memudahkan guru dan pelajar untuk menadapat ilmu. 

Info Tambahan :  Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2022/2023

TAHUKAH ANDA!!!

Di dalam Aplikasi ini mempunyai pelbagai fungsi seperti :-

  • Buku Teks Digital
  • Kerja Rumah

Sekiranya para guru dan pelajar sudah sign in (log masuk) maka para guru boleh memuat naik kerja rumah yang pelajar perlu laksanakan. Setelah para guru sudah memuat naik maka, para pelajar akan mengetahui kerja rumah yang WAJIB mereka selesaikan kerana para guru sudah memuat naik kerja sekolah tersebut.

  • Google Classroom 

Google classroom merupakan satu platform dimana pelajar akan dapat mengetahui kehadiran pelajar. Justeru itu, setiap pelajar WAJIB log masuk aplikasi ini. Hal ini bagi memudahkan para guru mengenalpasti kehadiran pelajar.

PERINGATAN!!!

Kehadiran pelajar semasa PdPR perlu diambil agar penilaian berterusan dapat dilakukan. Justeru itu, kehadiran pelajar semasa kelas PdPR amatlah PENTING.

  • Seneca Learning
  • Show my Homework
  • Ujian Dan Kuiz seperti :-
    • Quizizz
    • Quizlet
    • Bitsize
Info Tambahan :  Permohonan Program Intensif Bahasa Inggeris Sesi 2/2021, Beaufort Sabah

Ujian dan kuiz yang sering para guru lakukan adalah bertujuan untuk emnilai tahap kefaham pelajar sepanjang kelas PdPR dilakukan. Menerusi ujian dan kuiz sahaja dapat dilakukan untuk penilaian berterusan yang WAJIB para guru lakukan. Justeru itu, WAJIB bagi pelajar untuk menjawab setiap ujian dan kuiz yang diberikan oleh para guru.

  • Kod Dan Program seperti :-
    • Hour of Code
    • Scratch
    • Mit App Inventor 
  • Cipta Tutorial Atas Talian seperti :-
    • Zoom
    • Screen Castify
    • Loom
  • Poscast Dan Audiobook
    • Revise by Seneca
    • Audible
    • BBC Sound 
  • Siaran Langsung/ Siaran Video
    • Youtube
    • GCSE POD
    • Khan Academy

Kelihatan seperti sukar tetapi sebenarnya penggunaan platform ini mudah untuk digunakan oleh para guru dan pelajar. Jsuteru itu amatlah DISARANKAN untuk para guru dan pelajar untuk ketahui menggunkan platform DELIMA. Hal ini disebabkan, di dalam platform ini mempunyai kepelbagaian maklumat yang boleh pelajar perolehi.

Menerusi platform ini, pelajar LEBIH peka akan setiap TANGGUNJAWAB yang diberikan oleh para guru anda. Pada masa yang sama, kaedah ini juga memudahkan lagi urusan para pendidik untuk membuat pemilaian dan membantu pelajar agar lebih memahami pembelajaran secara atas talian ini. 

***SELAMAT MAJU JAYA PELAJAR YANG MENGIKUTI PDPR***
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments