Devian, skema, adakah perlu berubah?

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Pernahkah kita lihat kawan kita yang dahulunya seorang yang baik, mulia budi perkerti, berbudi bahasa tiba-tiba berubah kepada yang negatif? knape?knape boleh jadi macam tu? Penulisan kali ini saya akan perincikan rumusan kajian pemerhatian saya tentang fenomena ini. Pengaruh rakan sebaya merupakan alasan biasa yang kita dengar. Tetapi pernahkah kita dalami yang tersirat di sebalik faktor rakan sebaya itu?

Banyak kes yang saya jumpa tentang perubahan personaliti ini. yang pastinya perubahan personaliti yang mendadak ini mempunyai sebabnya tersendiri. Saya bimbangi fenomena ini merebak kepada remaja kini, oleh itu saya tuliskan sebagai panduan kepada saya serta semua pembaca xpresi sekalian.

Alfred Adler dalam Teori Psikologi Individu ada menyebut bahawa manusia mempunyai matlamat tersendirifictional finalism dan sekiranya manusia berasa inferiority dalam diri maka dia akan berusaha mencapai superioriti. Dalam Teori Psikologi Individu juga ada menyebut manusia ini merupakan makhluk yang bersosial. Dengan kata lain, manusia akan lebih cenderung untuk berkawan dan mencari serta menyesuaikan diri dengan rakan persekitaran. Dengan adanya kawan,maka individu akan berasa selamat dan memenuhi keperluan fisiologi, keselamatan yang disebut dalam heraki maslow.

Tetapi, masalahnya pelajar sejak akhir ini cenderung kepada perubahan yang mendadak disebabkan oleh faktor tadi. Dengan kata lain, ramai pelajar sekarang ni jika diperhatikanĀ  yang cenderung berubah kepada negatif semata-mata ingin diterima oleh golongan majoriti. Sedangkan majoriti yang ditafsir sebenarnya adalah diruang skop yang sempit. Maksud saya, ada pelajar yang berubah kepada yang negatif kerana takut digelarkan SKEMA. Streotaip skema ini digambarkan seorang yang tidak pandai berkomunikasi, bergaul, dan tidak banyak ilmu luaran. Gambaran yang buruk ini menyebabkan ramai pelajar yang berubah kepada yang tidak skema supaya diterima oleh ramai orang pada skop pelajar itu. Tidak skema ini merupakan gaya hidup yang tidak mengikut peraturan yang banyak negatifnya dan sekiranya perubahan ini berlaku, maka bertambah ramai insan yang bermasalah didunia ini.

Hasil tinjauan saya, ramai pelajar yang dahulunya baik menjadi tidak baik budi pekertinya kerana takut digelar SKEMA. Jadi, pelajar ini akan berusaha mengubah perangai dan berkawan dengan mereka yang rosak akhlak untuk menjadikan dirinya diterima kawan-kawannya. Tidakkah kita terfikir kalau begitu jadinya maka golongan kelompok hitam ini akan makin bertambah?

Seharusnya kita sedar, bahawa penting untuk kita tetap pendirian, mempunyai Asertif yang tinggi dalam membentuk peribadi kita seharian. Sebagai seorang insan yang cemerlang kita perlu menilai sesuatu dengan tenang dan yang penting kita sentiasa muhasabah sedar dengan apa yang kita lakukan. untuk itu adalah penting kita belajar ilmu-ilmu dari hasil pembacaan. Asimilasikan diri dengan sekeliling tidak salah dan ia normal bagi seorang manusia..tetapi pastikan proses asimilasi itu adalah pilihan yang tepat. Skema yang terlalu adalah personaliti yang tidak bagus dan terlalu tidak skema juga adalah ternyata buruk. Jadi, cubalah berubah kepada yang sederhana dimana garis panduannya adalah berdasarkan disiplin dari Agama, ilmu, ajaran orang tua dan orang yang sentiasa berlandaskan kebaikan dan memberi manfaat positif kepada setiap perbuatan.

Jadi, sekiranya anda berasa disisihkan kerana dikatakan skema..

Pertama, pastikan anda nilai siapakah yang melebel anda begitu?jika mereka itu golongan yang jahat pekerti, janganlah anda cepat berubah. Tetapkan pendirian, kuatkan semangat cuba mencari rakan lain.

sekiranya yang melebel anda itu orang yang baik. maka cepatlah belajar supaya dapat berubah sedikit dengan mengurangkan kelemahan yang ada. yang pastinya jangan cepat buat keputusan terburu-buru semata nak semua orang terima kita. sesungguhnya siapa kita nak ubah semua orang melainkan kita ubah diri sendiri mengikut kebijaksanaan kita.

2 thoughts on “Devian, skema, adakah perlu berubah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *