Didik diri mengawal kesedihan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kesedihan merupakan perkara biasa dalam hidup dimana ia selalu kunjung disetiap sudut hati manusia apabila diri didatangi musibah ataupun mendukakan. Kesedihan ini merupakan perasaan yang hadir apabila diri mengalami tidak keselesaan terutama melibatkan keselesaan emosi dan situasi hingga menjadi kecelaruan dalam pertimbangan emosi.

Mungkin kita pernah rasa sedih terutama didatangi berita-berita yang memilukan hati seperti ditinggalkan kawan, kesunyian, merindu dan sebagainya. Emosi itu datang dengan sendiri serta dapat mempengaruhi tahap kesedihan diri kita. Kesedihan yang dirasakan itu sebenarnya dipengaruhi oleh beberapa faktor dan ia sebenarnya boleh dikawal.

Persekitaran yang menyedihkan terlebih dahulu dielakkan, persekitaran yang menyedihkan seperti bunyi lagu yang sayu, kawasan orang yang sedang menangis, lagu-lagu yang mengingatkan kenangan dan pergi ke tempat-tempat yang mengingatkan kenangan merupakan faktor pencetus perasaan dalam diri individu. Adalah baik jika kita mengelak dari mengarah tingkahlaku kita untuk terdedah kepada faktor tadi. Hal ini kerana bunyi lagu yang sayu boleh mencetus rasa kesedihan dalam hati. Begitu juga ke tempat mereka yang menangis yang mampu membuatkan diri kita rasa tidak keberatan untuk menangis bersama dengan mereka.
Mungkin ada banyak cara untuk kita lari dari kesedihan, ada yang bertindak dengan menyepikan diri. Sebenarnya tindakan ini bukalah memperbaiki keadaan tetapi boleh mengeruhkan keadaan. Adalah penting apabila hendak mengawal perasaan sedih kita tidak membiarkan diri kita keseorangan dan menimbulkan kekosongan dalam fikiran kita. Keadaan kekosongan dalam fikiran kita itu memberi peluang kepada perasaan sedih itu mengisinya sehingga mempengaruhi kadar kesedihan kita. Adalah penting untuk kita mencari orang lain untuk berbual dengan kita supaya fikiran kita tidak sempat melayan perasaan sedih itu sendiri dan mungkin akan diganti dengan kegembiraan walaupun ia bersifat sementara.

Satu lagi cara yang boleh diamalkan ialah dengan mengawal fikiran dengan mengarahkan diri sendiri memotong imaginasi yang cuba mempengaruhi emosi. Sebenarnya cara memotong imaginasi ini merupakan satu teknik yang panjang huraiannya, tetapi mungkin saya huraikan dengan secara ringkas dan huraian penuh akan ditulis pada penulisan akan datang. Teknik ini ialah diri kita cuba belajar memotong fikiran kita berkaitan sesuatu kepada sesuatu yang kontra dari yang asal. Sebagai contoh kita boleh memikirkan kesedihan itu tetapi dalam tempoh tertentu kita sendiri menyebut CUT dalam diri dan segera menukarkan kepada imeginasi yang indah dan menyeronokkan. Kekerapan membuat latihan ini akan membuatkan diri kita terbiasa dan mudah untuk menukarkan segala kesedihan dengan kegembiraan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top