Dilema Memilih Pengajian Lepasan SPM

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Dilema Memilih Pengajian Lepasan SPM 1
Pilih Pengajian

Apabila habis SPM, maka banyaklah pilihan yang hadir. Hal ini ditambah lagi sekiranya diri mendapat keputusan SPM yang tinggi. Apabila mendapat banyak pilihan, mulalah untuk bertanya dan mendapatkan pendapat orang lain untuk membuat keputusan. Bertanya pendapat orang lain juga adalah tindakan yang bijak kerana ia meningkatkan lagi informasi kelebihan dan kekurangan sesuatu pilihan tersebut untuk disesuaikan dengan potensi dan keupayaan diri untuk membuat keputusan nanti.

Peluang yang terhidang selepas SPM akan hadir sekiranya keputusan peperiksaan SPM diri menerima sederhana baik atau baik. Peluang yang hadir termasuk tawaran dari pengajian Asasi di IPTA, Diploma, matrikulasi, Tingkatan 6, tawaran dari institut kemahiran, Program Ijazah Perguruan dan banyak lagi. Ini belum termasuk tawaran dari Institut pengajian swasta yang banyak seluruh negara. Semua itu akan memeningkan kepala dan membuatkan diri rasa keliru.

Ilmu adalah Penting

Bagi diri kami, untuk membuat pilihan paling tepat kepada diri ialah ILMU, kenapa kami katakan demikian? Untuk membuat pilihan pastikan kita mempunyai cukup informasi bekenaan pilihan yang kita dapat. Untuk membuat pilihan, pastikan diri cukup memahami halatuju kerjaya, kos pengajian, subjek dipelajari, lokasi, kelayakan, halatuju/peluang melanjutkan pelajaran dan beberapa informasi penting lagi.

Maklumat yang diperlukan perlu sedikit usaha dengan bertanya kepada profesional ataupun bekas pelajar institusi bekenaan dan lebih baik lagi kepada bekas pelajar kursus bekenaan.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Sesuaikan dengan cita-cita dan kemampuan

Setiap pelajar pastinya mempunyai cita-cita dan kecenderungan serta kemampuan masing-masing. Cita-cita sahaja tidak mencukupi untuk membuat pilihan, pastikan memilih juga mengambil berat tentang kecenderungan minat dan kemampuan keputusan SPM yang sedia ada. Hal ini kerana, antara 3 cita-cita, minat dan kemampuan sangat berkait antara satu sama lain dan setiap satu perlu dikira dalam membuat keputusan. Mempunyai cita-cita belum cukup sempurna jika diri tidak mempunyai minat dalam bidang yang diceburi dan minat semata-mata juga tidak akan berguna sekiranya kemampuan keputusan SPM hanya berada pada tahap minima mengikuti kursus tersebut.

Pilih yang paling melebihi syarat minima

Maksud kami, pilihlah kursus yang mana keputusan anda lebih tinggi dari syarat minima yang ditetapkan. Jika diikutkan, memanglah diterima masuk pengajian menunjukkan anda layak dan melepasi syarat minima permohonan. Tetapi harus juga difikirkan, adakah kita mampu terus belajar dengan jayanya sekiranya keputusan SPM hanyalah mendapat minima sahaja? Tidakkah anda sedari apa akan jadi nanti sekiranya mendapat keputusan yang rendah di institusi tersebut nanti? Sudah tentu keputusan yang rendah akan membawa anda ke pilihan Ijazah yang anda tidak minat dan juga membuatkan perancangan kerjaya anda menjadi kucar kacir. Satu tips disini juga, adalah penting untuk anda membuat pilihan tawaran yang paling melepasi syarat minima pengajian. Memilih kursus dan tempat pengajian dimana anda lebih melepasi syarat minima memberikan sedikit suntikan untuk anda mudah untuk mempelajari sesuatu bidang itu serta membantu merialisasikan laluan kerjaya yang anda rancangkan sebelum ini.

Semangat, cita-cita dan azam sahaja tidak berguna jika keupayaan sebenar diri tidak diselaraskan.

Lihat kemampuan keluarga dan diri

Peluang yang terhidang memanglah banyak dan menarik. Namun demikian, tidak semua menawarkan pengajian yang mampu anda tepuhi. Setiap tawaran kursus sebenarnya mempunyai kosnya sendiri. Bagi yang berada mungkin aspek kos boleh ditolak ketepi, tetapi bagi yang tidak berkemampuan perlu bijak memilih berdasarkan kos pengajian. Penilaian biasa ialah menilai kos pengajian yang bakal ditempuhi. Namun demikian, aspek seperti kos jarak pengajian, kos sambung belajar dan juga kos perbelanjaan persekitaran ketika belajar nanti juga perlu diselidiki. Hal ini kerana kadangkala ada pengajian yang agak releven tetapi keadaan persekitaran dan tempat pengajian termasuk lokasinya terletak dikawasan yang mempunyai kos sara hidup yang tinggi.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Lihat jangkamasa pengajian

Masa adalah penting, masa juga menentukan kos dan juga peluang kerjaya anda. Sebaiknya pilihlah kursus yang mempunyai jangkamasa yang paling singkat kerana jangkamasa yang singkat pastinya mengurangkan kos pengajian dan menguntungkan tempoh belajar diusia muda anda. Sebaiknya isilah usia muda anda dengan pengisian yang berfaedah dan menghargai setiap peluang yang ada untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan, seterusnya membuatkan anda menjadi untung kerana lebih pantas bergerak menuju kehadapan.

Kesimpulan

Untuk membuat keputusan memilih pengajian bukanlah mudah, sebenarnya banyak lagi kriteria perlu diambil kira dalam membuat pilihan pengajian, cubalah berjumpa dengan profesional dan bekas pelajar untuk mendapatkan lebih informasi serta tips mereka. Setiap pilihan haruslah mengambilkira tahap ekonomi, kemampuan diri serta keluarga serta kemampuan pendidikan diri masing-masing. Semangat, cita-cita dan azam sahaja tidak berguna jika keupayaan sebenar diri tidak diselaraskan.

3 thoughts on “Dilema Memilih Pengajian Lepasan SPM

  1. salam..apa syarat kelayakan nak masuk matrik?klau dpt 8A 3B+,ada peluang ke?one more,boleh semak ke permohonan kita?

  2. salam.sye ad pertanyaan…saya nak tau dgn trperinci ttg sistem pelajaran terkini di matrikulasi..sye ta phm ttg modul-2 dan sye mcm ad trbaca bahasa inggeris akn dimasukkan utk pointer ?

    1. fiq…
      result bi xkn dikire dlm pointer…if u get A in all 4 main subjects such as bio, physics, chemistry,math or sc comp..so the result is fixed 4.0…
      english, dinamika n agama hnye subjek tmbhn shjer…xde kaitan dgn pointer…

      sekarang matrik ade 3 modul…modul prtama akn belajar sbjek BIOLOGY,FIZIK,KIMIA n MATH…
      modul 2 akn belajar sbjek FIZIK,KIMIA,SAINS KOMPUTER, MATH..
      modul 3 akn belajar sbjek BIOLOGY, KIMIA N MATH..N SAINS KOMPUTER..

      so good luck to choose ur own way after thiz…=)

Leave a Reply to fiq Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *