Dipermain Oleh Ketamakan Sendiri

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Dipermain Oleh Ketamakan Sendiri 1

Memiliki sesuatu yang diidamkan merupakan berita gembira untuk seseorang dan organisasi, untuk mencapainya pula sudah tentu banyak usaha dan pengorbanan yang telah dibuat. Mungkin pengorbanan itu melibatkan masa, tenaga, kos, kepakaran dan banyak lagi.  Apabila semakin menghampiri matlamat ia akan mula menampakkan keseronokan.

Mungkin melalui tujuan dan matlamat yang semakin hampir itu memberi kemudahan untuk lebih hebat dalam mencapai kesempurnaan. Tetapi tidak semuanya indah, mungkin ada yang tidak sedar, bahawa sifat tamak itu sendiri yang boleh merugikan.

Sikap yang sentiasa inginkan yang terbaik kadangkala boleh mengaburi mata dan kewarasan fikiran seseorang. Secara tidak langsung sebenarnya ketamakan ini sendiri banyak merugikan seseorang dalam mencapai impian yang di inginkan.

Kadangkala sesuatu itu sebenarnya sudahpun baik dan cantik, tetapi oleh kerana sikap tamak manusia ia cuba untuk mengubah dan cuba untuk bermulanya semula. Jika ini terus berlaku, tahap pencapaian hakikatnya tidak berganjak dan mungkin makin menurun. Hal ini kerana membuat sesuatu yang sama berulang kali tanpa membuat penambahan banyak merugikan seseorang dan organisasi.

Perbuatan yang hanya berlandaskan nafsu semata-mata pasti akan merugikan, penting kadangkala untuk kita merenung seketika apakah keputusan dan tindakan yang akan kita tetapkan.

Jangan asyik melayan nafsu mengubah perkara yang sama berulang kali, sebaliknya bertindaklah dengan membuat penambahan dan peningkatan sesuatu yang telah ada di depan mata.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top