Diploma : 3 Kelebihan Dan Kelemahan Diploma

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Diploma merupakan salah satu laluan yang boleh dipilih selepas anda tamat pengajian Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Justeru itu, calon perlu bijak utuk mengetahui mengapa anda memilih untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma berbanding ke Matrikulasi, Asasi atau STPM.

Justeru itu, sebagai seorang pelajar anda WAJIB ketahui hala tuju sebenar yang anda mahukan. Ketahui beberapa tips untuk menyambung pengajian selepas SPM yang dapat membantu anda melakukan penilaian yang lebih lagi.

Antara Tips memilih untuk menyambung pengajian selepas SPM adalah:-

1) Minat pelajar lebih cenderung kepada apa? (kemahiran, pembelajaran berterusan)

2) Lakukan penilaian kelayakkan kemasukan ke peringkatan yang lebih tinggi mengikut keputusan percubaan

PERINGATAN!!!

Keputusan percubaan bukan kayu ukur 100% kelayakan tetapi ianya boleh menjadi salah satu penanda aras kepada pelajar untuk mengetahui tahap kelayakan dan kemampuan mereka.

3) Ketahui kelebihan dan kelemahan sesuatu institusi yang hendak dipohon

4) Penawaran subjek yang tersedia oleh pusat pengajian yang dipohon

Penulisan pada kali ini akan menerangkan kelebihan dan kelemahan menyambung pengajian ke peringkat diploma. Setelah anda ketahui kelebihan dan kelemahan pusat pengajian ini maka anda akan lebih mudah untuk membuat pilihan yang bijak.

PERINGATAN!!!

  • Bagi calon yang mahu menamatkan pengajian dengan lebih awal (tamat pengajian pada usia muda) maka Diploma bukanlah pilihannya.
  • Bagi mereka yang TIDAK mahu menangung kos hutang pengajian yang banyak maka pengajian ini bukanlah pilihan yang terbaik.

Kelebihan Dan Kelemahan Diploma

Diploma

Antara kelebihan menyambung pengajian Diploma adalah seperti:-

  • Pelajar akan diberi peluang untuk menjalani latihan praktikal (kemahiran)/ ilmiah

Apabila menyebut praktikal semua sudah ketahui bahawa ianya merupakan satu amali kemahiran bagi meningkatkan lagi ilmu yang telah anda pelajari semasa di kelas.

Info Tambahan :  Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Fasa 2 Tahun 2021

Sesi praktikal ini merupakan salah satu aset terbesar buat pelajar lepasan diploma kerana zaman kini pihak majikan lebih memandang kemahiran berbanding ilmu teori semata-mata.

  • Peluang pekerjaan lebih menyeluruh

Kebanyakan pelajar  TERUTAMANYA jurusan akaun atau kejuruteraan lebih mudah untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Hal ini disebabkan, pelajar lepasan Diploma mempunyai pengalaman secara praktikal dalam bidang industri. Ianya bermaksud peluang pekerjaan lebih menyeluruh bagi pelajar.

INFO TAMBAHAN!!!

Pelajar Diploma yang menyambung pengajian mereka ke peringkat Ijazah lebih mempunyai kemahiran dan ilmu berbanding dengan pelajar yang bukan dari bidang kemahiran.

  • Merasai pengalaman seperti pekerja biasa

Pelajar mempunyai pengalaman seperti pekerja biasa kerana mereka akan mengikuti praktikal bergantung kepada jurusan yang anda pilih. Pada masa yang sama, pengalaman yang anda perolehi ini akan membantu untuk anda lebih proaktif semasa berada di alam pekerjaan pada masa akan datang.

Kelemahan dalam pengajian ini adalah seperti:-

  • Tempoh pengajian yang agak panjang

Kebanyakan pengajian di peringkat diploma ini tidak menjadi pilihan ramai kerana tempoh pengajiannya yang agak panjang (TIDAK kurang daripada 2 tahun ke atas). Bagi mereka yang mahukan pengajian yang agak pendek, diploma bukanlah pilihan yang tepat kerana pengajian dalam bidang diploma ini lebih lama berbanding dengan pengajian yang lain.

  • Penambahan hutang pengajian
Diploma

Wang merupakan salah satu kelemahan utama. Hal ini disebabkan, setiap pengajian pasti memerlukan wang mengikut jurusan yang dipilih. Pengajian diploma TIDAK sama seperti Matrikulasi/ Asasi/ STPM. Matrikulasi atau Asasi mendapat pembiayaan penuh oleh KPT dan KPM manakala tingkatan 6 (STPM) hanya perlu membayar yuran PIBG sekolah sahaja.

Pengajian pada peringkat diploma memerlukan penambahan wang pinjaman untuk menyambung pengajian. Walaubagaimana sekalipun, ianya BUKAN satu kelemahan yang sukar untuk ditangani. 

Info Tambahan :  UKKM MRSM 2022: Semakan dan Tarikh Ujian

TAHUKAH ANDA!!!
Pinjaman pengajian Diploma TIDAK sama seperti pinjaman pengajian Ijazah yang boleh bertukar menjadi Biasiswa sekiranya anda cemerlang. Pinjaman diploma akan tetap menjadi pinjaman walaupun anda cemerlang.

  • Ramai pelajar memilih untuk bekerja selepas tamat belajar

Disebabkan mereka perlu menangung hutang pengajian maka ramai pelajar memilih untuk bekerja bagi melangsaikan hutang pengajian mereka. Hal ini bagi mengurangkan bebanan hutang mereka. Walaubagaimana sekalipun, ianya amatlah rugi kerana gaji yang bakal diperolehi adalah kurang berbanding gaji pada peringkat Ijazah.

Contoh paling mudah kerugian yang seingkali dilakukan oleh pelajar lepasan diploma adalah :-

  • Pelajar diploma dalam bidang kejuruteraan, anda akan dikenali sebagai technician tetapi bagi pelajar lepasan Ijazah dalam bidang kejuruteraan anda akan dikenali sebagai Enginer.
  • Dalam bidang accountant anda TIDAK boleh mengambil lesen Malaysian Institute of Accountants (MIA) yang membolehkan mereka membuka syarikat kecuali mereka mempunyai Ijazah.
  • Bidang kejururawatan juga sama, mereka akan mempunyai jawatan yang berbeza diantara pelajar lepasan diploma dan ijazah. Dalam intitusi kerajaan jawatan mereka akan berbeza berdasarkan gred pendidikan
***PILIHAN PENGAJIAN ADALAH BERGANTUNG KEPADA PERJALANAN HIDUP ANDA***

INFO TAMBAHAN!!!

Bagi calon lepasan SPM yang mahu memohon pengajian ke peringkat Diploma, anda perlu baca dahulu setiap satu syarat kelayakan agar anda tidak tersalah memilih bidang yang ingin anda pohon.

Setiap kejayaan bergantung kepada usaha anda. Diploma atau ijazah atau apa jua bidang pengajian yang perolehi perkara penting yang perlu anda ketahui adalah usaha dan tawakal. Anda sendrii yang perlu ketahui apa yang anda mahukan pada masa hadapan agar lebih mudah untuk anda menentukan hala tuju kehidupan anda.

Permohonan Diploma: Politeknik & Kolej Komuniti sesi 2022/2023

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments