Kebanyakkan pelajar lepasan spm, akan merasa keliru dalam membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran sama ada ke arah diploma atau matrikulasi. Namun, ternyata kedua-duanya menyumbangkan ke arah postif dan negatif.
Sebagai seorang pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi,anda perlu bijak mengenal pasti kelebihan dan juga risiko di sebalik dua jurusan ini sama ada diploma ataupun matrikulasi.
Bagi memudahkan anda dalam membuat penilaian, telah saya kongsikan di sini kelebihan dan risiko sekiranya anda memilih diploma ataupun matrikulasi.
Dilema Diploma Atau Matrikulasi
DIPLOMA
- Kemasukan ke diploma bergantungvkepada kursus yang anda ambil. Ini kerana, setiap kursus mengambil masa yang berbeza. Ada sesetengah kursus yang hanya memakan masa selama dua tahun setengah dan ada juga kursus yang memakan masa selama tiga tahun.
- Walaupun ia memakan masa yang agak lama, namun setelah pelajar bergraduasi selepas tempoh tersebut, peluang pekerjaan telah menanti. Dan pastinya, setiap kursus mempunyai kehendak pasaran yang tersendiri. Anda tidak perlu bimbang sama sekali memikirkan berkenaan pasaran pekerja.
Antara kelebihan yang dapat saya nyatakan di sini sekiranya anda memilih diploma untuk anda melanjutkan pelajaran adalah :
- Sekiranya pointer anda jatuh ataupun kurang memuaskan, amda masih berpeluang untuk memperbaiki pointer anda tersebut pada semester seterusnya.
- Lebih terdedah kepada skop pekerjaan dan pengalaman bekerja ketika anda menjalami latihan industri kelak.
- Dilatih untuk mengendalikan progaram serta memupuk nilai etika bersosial di kalangan orang ramai dan majlis.
Risiko yang bakal anda hadapi dalam diploma adalah :
- Lepasan diploma yang mencatatkan jumlah peningkatan di Malaysia sekaligus mewujudkan persaingan yang agak hebat.
- perlu memperoleh pointer 3.0 kea tas bagi melayakkan diri menyambung pengajian di peringkat ijazah.
- Perlu membayar Pinjaman PTPTN selepas 6 bulan tamat belajar.
- Sekiranya memperoleh pointer 2.0 ke bawah pada semester tersebut, pinjaman PTPTN anda akan digantung selama tempoh satu semester.
Setelah anda meneliti kelebihan dan juga risiko pada diploma, lihat pula kepada kelebihan dan risiko matrikulasi.
MATRIKULASI
- Di matrikulasi, terdapat dua aliran. Pertama adalah aliran sains dan kedua adalah aliran akaun. Bagi pelajar yang mengambil aliran sains, mereka akan diberikan 4 modul yang berbeza dan turut diberikan tahun yang berbeza. Bergantung kepada kepurusan SPM masing-masing, ia akan ditentukan sama ada anda layak untuk mendapat dua tahun ataupun hanya setahun.
- Namun, peruntukan masa 2 tahun lebih sukar kerana para pelajar perlu mengambil test serta mendapatkan carry mark dalam satu jangka masa yang pamjang.
Kelebihan :
- Memperoleh elaun daripada kerajaan
- Dapat membiasakan diri dalam susana dan persekitaran universiti
- Tempoh pembelajaran yang singkat
- Memperoleh penerpaan soft skill
Risiko :
- Proses pembelajaran yang pantas serta silibus pembelajaran yang mantap dan padu
- Sijil matrikulasi hanya dapat digunakan untuk menyambung pengajian ke pringkat ijazah sahaja.
- wajib mengambis MUET
- Persaingan daripada pelajar asasi dan tingkatan enam
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda dalam membuat kepurusan untuk meneruskan pengajian ke arah diploma ataupun matrikulasi. Semoga semuanya terus berjaya walau di mana pemilihan yang telah anda buat.