Kelebihan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Apa kelebihan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAKK). Rata-rata sudah maklum akan program DPAKK ini. Namun begitu, ada juga yang tidak mengetahui kewujudan program tersebut. Melalui program ini, pelajar akan didedahkan mengenai perkembangan kanak-kanak bermula daripada kelahiran pertama sehingga mereka menginjak ke usia yang lebih tua. Kedengaran cukup mudah bukan? Di situ kesilapan yang perlu diperbetulkan apabila program ini dipandang enteng.

Kelebihan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kelebihan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

Malah, ada juga yang menyatakan bahawa program ini merupakan program yang paling mudah untuk score dan tidak memerlukan A yang banyak sekiranya ingin melanjutkan pelajaran ke dalam program DPAKK. Setelah kenyataan “makan kacang” itu diwar-warkan maka beberapa pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran program tersebut menjadi buntu dan ragu-ragu. Mereka seakan-akan tertanya apakah keputusan yang dilakukan mereka itu tepat? Apakah jaminan terhadap diri mereka? Apakah kelebihan yang akan mereka peroleh? Benarkah DPAKK membosankan?

Bagi menjawab segala persoalan yang bermain di minda para pelajar tersebut. Terdapat beberapa kelebihan kepada para pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam program DPAKK daan semestinya akan menjawab kepada kenyataan “makan kacang” tersebut. Sungguh, program DPAKK bukanlah seperti yang dinyatakan di atas. Setiap program mempunyai kekuatan masing-masing termasuk program DPAKK. Malah, program DPAKK kini semakin berkembang dan mendapat perhatian ramai. Jangan tidak percaya apabila pelajar lelaki sendiri memohon melanjutkan pelajaran dalam program ini.

Info Tambahan :  8 Cara Untuk Berjaya buat Freelance

Pendedahan Pendidikan Kanak-kanak

Antara kelebihan yang boleh diperoleh oleh para pelajar dalam program DPAKK ialah ilmu mengenai kanak-kanak. Pelajar akan didedahkan mengenai persekitaran serta perkembangan kanak-kanak. Program DPAKK bukan sahaja belajar secara teori malah praktikal di mana pelajar perlu melakukan serta mendalami watak kanak-kanak bagi memahami setiap kanak-kanak tersebut.

Ramai yang tidak tahu mengenai perkembangan awal kanak-kanak dan cara bagi mengatasi kanak-kanak yang mungkin mengalami tantrum, sukar bergaul dengan orang lain dan gejala yang kelihatan remeh namun sebenarnya perlu dititikberatkan. Oleh itu, program DPAKK mengajar pelajar untuk mengetahui bagaimana mengendali situasi luar jangka sekiranya berlaku kepada kanak-kanak serta menyelami isi hati mereka. Menjadi seorang pelajar di bawah program DPAKK memerlukan imaginasi, fizikal, emosi, jasmani, rohani dan intelektual yang jitu dan kuat.

Pendedahan Teknik Keibubapaan

Selain itu, pelajar diberi fahaman secara terperinci dan meluas mengenai parenting skills. Pelajar akan diajar berkaitan pengendalian kanak-kanak seperti sukatan susu, apa yang perlu dilakukan apabila bayi meningkat usia, bagaimana mendidik bayi dan kanak-kanak dengan betul dan membentuk kanak-kanak menjadi kanak-kanak yang sihat dan ceria. Pelbagai aspek penting akan ditekankan kepada pelajar mengenai kanak-kanak.

Oleh itu, pelajar secara logiknya telah diasah mengenali dan mempelajari parenting skills dalam usia yang muda. Ilmu yang dimiliki ini dapat diaplikasikan sekiranya para pelajar berkahwin dan mempunyai anak kelak. Pelajar dapat membantu membentuk dan seorang anak menjadi kanak-kanak yang positif. Tambahan pula, pengetahuan mengenai kanak-kanak ini perlu diambil berat sementelah lagi dengan pelbagai berita mengenai penderaan kanak-kanak yang semakin berleluasa. Oleh itu, dengan adanya parenting skills yang secara tidak langsung diajarkan kepada para pelajar di bawah program DPAKK dapat mencegah perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap kanak-kanak.

Info Tambahan :  Industri Halal: 8 Universiti dan Kolej Tawaran

Ilmu Perniagaan Bidang Keibubapaan dan Penjagaan Kanak-kanak

Bukan itu sahaja, dalam DPAKK juga pelajar akan diajar mengenai perniagaan. DPAKK bukan tertumpu bagi menjadi seorang guru tadika semata-mata malah beberapa bidang kerjaya dapat dilakukan dengan kelulusan program DPAKK. Antaranya ialah penasihat keluarga, pakar kaunseling, jurulatih fisioterapi, majikan di tadika yang dibuka sendiri yang berkaitan dengan kanak-kanak.

Rata-rata pelajar di bawah program DPAKK akhirnya berjaya membuktikan bahawa DPAKK bukanlah jurusan yang tidak bernilai. Program ini juga menjamin kerjaya yang dapat membentuk masa hadapan yang cerah. Peluang terhadap pelajar lepasan program DPAKK semakin meluas pada masa kini.

Akhir sekali, program ini bukan sekadar program DPAKK. Hal ini disebabkan pelajar dibimbing daripada awal bagaimana membentuk kanak-kanak dengan cara yang betul dan sihat. Kanak-kanak merupakan sambungan pada setiap generasi yang mendatang. Oleh itu, bagi mendapatkan hasil yang bagus pada hari kemudiannya benih yang ditanam perlu dibaja serta menggunakan kaedah yang betul. Maka itulah usaha yang akan dilakukan oleh setiap pelajar program DPAKK untuk menggilap kanak-kanak yang dapat dicerminkan sebagai sebutir permata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *