Diploma Pentadbiran Perniagaan ‘ Bisnes Admin ‘

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Biasa kalau ditanya student ambil kos apa? ‘ bisnes admin ‘, ringkas jawapannya dan itulah bahasa ringkas yang selalu diguna untuk kursus pengajian Pentadbiran Perniagaan atau dalam bahasa inggerisnya Business Administration. Bagi yang baru ingin mula kemasukan kursus ini pasti ada tertanya halatuju serta mata pelajaran yang diambil semasa mengikuti kursus ini.

Untuk kali ini kita bincangkan berkaitan pengajian Pentadbiran perniagaan ini untuk tahap diploma meliputi objektif/ tujuan, kerja masa depan, kos, jangkamasa serta subjek yang diambil sepanjang pengajian.

Pentadbiran Perniagaan
Pentadbiran Perniagaan

Pengajian Diploma Pentadbiran Perniagaan

Kursus pengajian ini membolehkan pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana serta Doktor Falsafah PHD. Bagi pengajian diploma kebiasannya akan melanjutkan pelajaran ke Ijazah pentadbiran perniagaan, namun demikian boleh juga menyambung pengajian ke bidang selain kursus diploma asal tetapi mestilah dalam aliran sama iaitu perniagaan, pemasaran, ekonomi dan seakannya.

Info Tambahan :  YAE! 2023: Permohonan Keusahawanan Untuk Anak Seni

Tujuan Pengajian Diploma Pentadbiran Perniagaan ‘ Bisnes Admin ‘

  • Pengajian adalah bagi menerapkan ilmu fundamental dalam persekitaran perniagaan dalam dan luar negara.
  • Latihan termasuk mengurus perniagaan, organisasi, gaji, pinjaman, teknik pengurusan, industri dan banyak lagi.
  • Segala matapelajaran adalah sekitar tema perniagaan serta persediaan seorang usahawan.
  • Pengajian juga memberi latihan pelajar supaya menjadi seorang usahawan yang berjaya dan mempunyai kebolehan mengurus perniagaan yang berjaya.
  • Pelajar juga akan diberi latihan mengurus organisasi serta keperluan organisasi.

Peluang pekerjaan Diploma Pentadbiran Perniagaan

Kebanyakan graduan bidang diploma ini akan menjadi pembantu pegawai untuk organisasi pemasaran, penyewaan, penghantaran, kewangan, juru kira akaun, pengurusan pekerja.

Sebagai contoh graduan boleh memohon untuk menjadi pembantu kedai, pembantu pasaraya, juru promosi, pembantu jualan hartanah, pembantu jualan, promoter, pembantu organisasi penghantaran, pembantu firma kewangan, kerani firma kewangan serta penasihat kewangan.

Tempoh Belajar dan lokasi

Pengajian Diploma adalah mengikut ketetapan iaitu 2 tahun dan ianya terdapat hampir kebanyakan intitusi pengajian awam dan swasta seperti Universiti awam, kolej komuniti serta universiti swasta.

Kos pengajian

Untuk pengajian di universiti awam, yuran pengajian lebih murah iaitu sekitar 15-20 ribu ( tertakhluk pada institusi ), Untuk institusi Swasta yuran pengajian adalah sekitar 20-30 ribu bergantung pada kemudahan dan pakej universiti tersebut.

Info Tambahan :  7 Peluang Kerjaya di Bidang Teknologi 2023

Subjek pelajaran

Sepanjang pengajian 2 tahun pelajar akan belajar pelbagai subjek berkaitan perniagaan dan pengurusan. Perlu diingatkan, setiap institusi adalah berbeza bergantung pada pakej subjek yang ditawarkan. Untuk memberi gambaran umum, dibawah adalah subjek yang biasa ditawarkan semasa pengajian Pengurusan Perniagaan ini. ( Setiap Institusi Mungkin Berbeza )

Tahun 1

  • Akaun
  • English untuk perniagaan
  • Mikro ekonomi
  • Matematik perniagaan
  • Information Technology
  • Pengajian Malaysia/ Komunikasi
  • Pengenalan perniagaan
  • Makroekonomi
  • Statistik perniagaan
  • Pengurusan fundamental
  • Prinsip pemasaran
  • Pegenalan kewangan
  • Prinsip komunikasi koperat

Tahun 2

  • Soft skills
  • Isu keibubapaan
  • Perniagaan dan undang-undang syarikat
  • Komunikasi perniagaan
  • Pengiraan kos
  • Fundamental Keusahawanan
  • Tingkahlaku pengguna
  • Masyarakat dan organisasi
  • Pengenalan E-commerce
  • Pengenalan pengurusan Operasi
  • Pengurusan tenaga manusia
  • Kewangan dan perbankan
  • Pengurusan akaun
  • Tadbir urus koperat
  • Kewangan peribadi

Kelayakan memohon

Jika anda berminat untuk ke pengajian diploma Pentadbiran Perniagaan ini memerlukan kecemerlangan untuk matematik, untuk pengajian ke universiti awam pastinya memerlukan keputusan yang baik kerana persaingan yang sengit. Jika ingin ke universiti swasta perlu 3 kredit dan lulus subjek matematik dan bahasa inggeris.

One thought on “Diploma Pentadbiran Perniagaan ‘ Bisnes Admin ‘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *