Diri menjadi yang pertama

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Nombor satu adalah sedia diketahui merupakan permulaan nombor bagi pengiraan dalam kehidupan kita serta digunapakai oleh setiap orang tidak kira dimana berada. Oleh kerana nombor satu ini adalah permulaan, ia menjadi pengukuran kepada tahap sesuatu dan nilai sesuatu. Nombor satu ini boleh dinilai paling sedikit ataupun paling cemerlang atau hebat.

Pernahkah anda merebut untuk menjadi orang yang pertama atau menjadi kelompok yang pertama? apakah kelebihan dan kekurangannya? apakah risiko dan manfaatnya kepada kita. Bagi penggemar menjadi orang atau kelompok pertama ini mempunyai personaliti tersendiri yang dapat kita bincangkan.

Semestinya penggemar ini mempunyai daya ingin tahu yang tinggi, rajin, tidak berputus asa, berani menghadapi risiko serta mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Hal ini kerana untuk menjadi orang yang pertama ia perlukan kerajinan mengusahakan sesuatu idea dengan mencuba dan mencuba, diri pula perlu berani menghadapi risiko kerana belum ada orang lain yang pernah lakukan, ia tentu sekali tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa bangun menyelesaikan masalah-masalah yang timbul.

Orang atau golongan yang pertama ini juga akan mendapat ganjaran yang lebih dari golongan selepasnya kerana ia mungkin akan mendapat lebih keuntugan, populariti , pujian, ingatan serta menjadi contoh kepada orang lain. Hal ini kerana cubaan yang telah dilakukan belum ada individu lain tawarkan sehinggakan ia mampu menarik ramai orang.

Mungkin dilihat kelebihanya amat berbaloi, tetapi risikonya juga berbaloi sekiranya terjadi pada orang itu. Risikonya adalah lebih besar kerana orang itulah akan menjadi orang pertama yang menerima kesakitan, kecederaan ataupun menjadi orang pertama ditipu oleh sesetengah golongan yang ingin mengambil kesempatan. Begitu juga jika berniaga orang itu akan lebih banyak menghadapi kerugian dari orang selepasnya.

Untuk mengurangkan kesan negatif menjadi orang yang pertama ini penting untuk kita melakukan banyak kajian serta tinjauan terlebih dahulu kepada setiap perkara yang ingin dilakukan. Kita juga boleh melakukan cubaan berskala kecil dahulu untuk mengelakkan kerugian yang besar. Adalah penting juga kita merujuk teori-teori ataupun berbincang dengan golongan yang berpengalaman tentang bidang yang hampir berkaitan dengan apa yang ingin kita cuba itu. Emosi juga perlu distabilkan dan pastikan setiap kali kita membuat keputusan hendaklah tidak dipengaruhi oleh nafsu semata-mata. Semoga kita menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *