Diri yang membanggakan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab

Salam xpresior, Salam sejahtera..asalamualaikum, pernah juga kita mendengar ungkapan diatas..ungkapan ini memberikan maksud dan takrifan sendiri untuk kita hayati. Kebanyakan insan sekarang ini kadang lupa untuk bermuhasabah, merenung tentang maruah diri dan kadangkala sanggup menggadai maruah diri semata2 untuk mendapat kekayaan, pangkat, pujian, glamor..dan sejak akhir ini juga kadang kala rupa terlalu dikejarkan sehingga mengubah dari sedia Allah anugerahkan.

Anak2 muda yang kian membesar obses dengan rupa paras dengan bersosial yang melanggar nas2 agama dan undang2 negara dilihat membimbangkan pewaris negara kelak. ini termasuk adab2 yang tidak lagi diamalkan yang dianggap lapuk ditelan zaman. Indah sekali jika amalan2 menghormati orang tua, ibu bapa, orang tidak berdaya terus diamalkan dalam kehidupan kita. kerana kita dilahirkan didunia ini perlulah sentiasa berfungsi walaupun dikalangan ahli keluarga kita sendiri. Selalu juga kita jumpa individu yang hensem, cantik dengan gaya yang menawan..tetapi sayangnya..tiada adab..tidak pandai menjaga maruah diri, keadaan ini sama seperti sesuatu yang tiada berguna, ibarat bunga plastik yang cantik tetapi tiada haruman, tiada madu, tiada manfaat kepada kumbang dan unggas lain..dan apabila lama ia berhabuk dan hilang serinya pula.

Ada juga mereka2 yang berpendapat betapa penting menjaga rupa paras kerana ia merupakan tanggapan pertama orang kepada kita..saya menyokong penuh pendapat itu tetapi yang nak diingatkan disini, bahawa kesempurnaan budi dan adab perlulah juga dijaga, dipelihara bagi melengkapkan diri sebagai insan yang berjaya. Sebagai insan kita bersama perlulah menjaga diri kita, memelihara dan berusaha meningkatkan kemuliaan diri dengan sentiasa membantu, berjasa dan menabur budi serta penerapan adab yang cantik supaya ia meninggikan nilai dalam kamus hidup kita.

Kepada adik2 pelajar, mahasiswa/i..jadilah seorang pelajar yang mulia, insan yang baik hati bersyukur dengan apa yang dianugerahkan, jadilah seperti insan yang cukup bersinar.. dengan anugerah rupa yang cantik, timbul rasa bersyukur dengan menambah lagi ilmu didada..kemahiran2 hidup..emosi yang stabil..cemerlang dalam mata pelajaran. ditambah lagi dengan adab yang baik..tahu menghormati guru dan ibu bapa, tutur kata yang lembut dan menjaga hati..ditambah lagi dengan keimanan yang kuat dan hasil dari itu timbul rasa merendah diri..

Percayalah bukan susah kalau kita benar2 nak berubah..jika Anda ada rasa nak?maka ada peluang untuk capainya..tinggal merancang dan usaha lagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *