Doa Belajar Untuk Peperiksaan Sekolah

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Jika dah berusaha, pastinya perlu berdoa. Anda perlu tahu doa belajar untuk memohon urusan pelajaran anda berjalan lancar. Apabila peperiksaan sekolah semakin dekat ramailah ibu bapa yang akan rungsing bagaimana anak mereka akan menjawab soalan peperiksaan kelak.

Sebagai pelajar, mengulangkaji pelajaran, menghafal dan membuat latihan. Sebagai umat Islam, sudah menjadi lumrah untuk kita berdoa kepada Allah SWT.

Disini terdapat beberapa doa belajar  dan fadhilat doa untuk pelajar:

  1. Surah AL Alaq

Apabila peperiksaan sekolah semakin dekat ramailah ibu bapa yang akan rungsing bagaimana anak mereka akan menjawab soalan exam nanti. Mereka pasti akan mencari kaedah dan cara belajar yang berkesan untuk anak mereka, cara menghafal pelajaran, doa mudah belajar atau doa menghadapi peperiksaan seperti Surah Al Alaq dan sebagainya.

doa belajar

Ini adalah amalan yang boleh mengelakkan kita lupa apa juga ilmu yang telah dipelajari, dihafal dan sedang belajar. Untuk membaca doa mudah belajar ini sangat senang tuan-tuan untuk diamalkan.

  • Sebaiknya berwuduk dahulu.
  • Ambil segelas air kosong.
  • Baca Surah Al A’la ini.
  • Sampai ayat ke-enam “Sanuk riu ka fala tannsa” ulang 7x (tujuh kali) kemudian tiup dalam air.
  • Sambung bacaan hingga akhir ayat.
  • Minum air tersebut dan niatkan agar ilmu yang dihafal dan dipelajari tidak lupa semasa peperiksaan.

Surat Al ‘Alaq terdiri atas 19 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah. Ayat 1 sampai dengan 5 dari surat ini adalah ayat-ayat Al Quran yang pertama sekali diturunkan, yaitu di waktu Nabi Muhammad s.a.w. berkhalwat di gua Hira’. Surat ini dinamai Al ‘Alaq (segumpal darah), diambil dari perkataan Alaq yang terdapat pada ayat 2 surat ini. Surat ini dinamai juga dengan Iqra atau Al Qalam.

Khasiat ayat 1-5 = Kecerdikan luar biasa

  • Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan
  • Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
  • Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
  • Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,
  • Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

2. Surah Al Ikhlas

Allah Suka Kepada Orang Yang Membaca Surah Al-Ikhlas

Diceritakan bahawa seorang lelaki yang menyertai perang telah membaca Al-Quran dalam solatnya dan mengakhiri bacaannya dengan Surah Al-Ikhlas. Kisah itu diceritakan oleh sahabat lain kepada Nabi SAW. Apabila ditanya lelaki tersebut, beliau memberitahu bahawa beliau sangat menyukai surah Al-Ikhlas, lalu Rasulullah SAW memaklumkan semula kepada lelaki tersebut bahawa Allah juga sangat menyukai dirinya.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sekali, dikurniakan kepadanya pahala seperti pahala orang yang membaca 1/3 Al-Quran.”

 

3. Doa Penerang Hati

Ini adalah doa Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar dadanya dilapangkan untuk menghadapi Firaun yang terkenal sebagai raja yang zalim dan kejam. Doa ini boleh diamalkan buat mereka yang berasa gelisah, ketakutan, gugup untuk bercakap di khalayak dan berasa sempit dalam kehidupan.

4. Doa Mengkaji Ulang Pelajaran

اَللَّهُمَّ أَخْرِجْنِيْ مِنْ ظُلُمَاتِ ﭐلوَهْمِ وَأَكْرِمْنِيْ بِنُوْرِ ﭐلفَهْمِ وَﭐفْتَحْ عَلَيَّ بِمَعْرِفَتِكَ وَسَهَّلْ لِيْ أَبْوَابَ فَضْلِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

“ Ya Allah, jauhilah aku dari kebingungan, muliakanlah aku dengan cahaya ilmu dan pengertian, bukakanlah kepadaku makrifat-Mu, dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu kurnia-Mu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang pengasih.”

5. Do’a Sedang Belajar

اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا فُتُوْحَ ﭐلعَارِفِيْنَ وَارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّـيْنَ وَإِلْهَامَ ﭐلمَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحمِيِْنَ

“ Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif , Kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para Malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan Rahmat-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”

6. Doa mengelak lupa

Allahumma Zhidna Wala Tanqusna , Wa Akrimna Wala Tuhinna , Wa A’aathina  Wala Tahrimna , Wa Aaa’ tsir A’laina , Wardhina Wardha A’nna

Dalam Tafsir Ibnu Kathir , diriwayatkan oleh Sayyidin Umar al-Khattab RA. bahawa Nabi .s.a.w. pernah berdoa apabila turunnya surah al-Mukminun. Memerhatikan inti sari munajat di atas , digalakkan hamba agar memohon kepada Allah dalam anugerah-Nya , baik umur , rezeki , harta , anak-anak yang soleh , solehah dan sebagainya , yang dinilai manusia sebagai nikmat .
Menurut At-Tirmidzi , an-Nasa’ie dan al-Hakim , doa ini dibacakan oleh Nabi sebaik sahaja selesai menerima wahyu . Justeru , kita digalakkan membaca doa ini semasa memperolehi ilmu atau sedang menghafaz ilmu yang agak susah atau pun senang agar dikurniakan tidak lupa dalam otak kita , serta sentiasa ingat apa yang dipelajarinya . InsyaAllahu Ta’ala.

5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Jawatan penulis sambilan diperlukan( Maklumat Lanjut )