Teks Ucapan Belanjawan 2012
Belanjawan 2012 telah dikeluarkan, belanjawan kali ini cukup memberikan berita gembira kepada rakyat Malaysia dan ianya menyeluruh bukan sahaja kepada golongan berpendapatan tinggi malahan berpendapatan rendah. Ia juga banyak menyentuh hal-hal kebajikan dan menawarkan insentif dan penghargaan kepada kakitangan kerajaan.
Kaitan Dengan Dunia Pendidikan dan Kerjaya
Belanjawan 2012 kali ini banyak juga menyentuh tentang pendidikan serta kerjaya. Dalam pendidikan, guru dan kakitangan awam lain diberikan berita gembira dengan mempunyai skim baru yang menigkatkan lagi gaji guru-guru.
pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit;
Guru juga dihadiahkan lebih cepat naik pangkat iaitu 8 tahun mengikut time base berbanding sebelum ini 10 tahun.
Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai;
Selain itu kakitangan awam dan juga warga pendidik diberikan bantuan untuk lebih berpeluang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Kerajaan akan menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa. Pada tahun 2012, Kerajaan dengan kerjasama IPTA akan menawarkan 5,000 peluang peringkat ijazah sarjana dan 500 lagi peringkat kedoktoran falsafah kepada penjawat awam yang layak, termasuklah para guru dengan peruntukan sebanyak 120 juta ringgit. Kita akan menawarkan 20,000 tempat kepada kumpulan guru diploma yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda. Untuk tujuan ini kerajaan akan memperuntukkan sejumlah 80 juta ringgit bagi tahun pertama. Kita yakin, dengan pendekatan ini, para penjawat awam dan para guru, secara keseluruhan perjalanan kerjaya mereka akan bertambah baik dengan peluang kenaikan pangkat yang lebih cerah.
Untuk kerjaya pula terdapat banyak inisiatif kerajaan untuk menggalakkan inovasi dalam pendidikan iaitu banyak menggalakkan peluang latihan dan dunia kemahiran.
Sebenarnya ada banyak lagi inisiatif pada belanjawan 2012 ini, dibawah disediakan teks ucapan penuh belanjawan 2012 serta lampiranya yang didapati dari http://www.treasury.gov.my/
Teks Penuh Ucapan Belanjawan KLIK SINI
Lampiran Ucapan Belanjawan KLIK SINI
Mungkin banyak pendapat berkaitan dengan belanjawan 2012 ini, ia bergantung kepada bagaimana ia ditafsir oleh individu atau organisasi.
Sumber : http://www.treasury.gov.my/
Macam mana nak apply masuk ikbn jer?
Kena tunggu iklan dikeluarkan nanti
Tahniah sebab bagi yuran percuma sekolah..ringankan beban terutama anak yang bersekolah ramai. Tapi betul ker? kalau mcm dulu2 tu kata dikurangkan, tapi skolah tetap ambil yuran tambahan. kalau takda yuran, nanti sekolah nak cari duit tambahan kat mana?akak rasa la, yang yuran PIBG tu pun akan tetap ada..
Kalau yuran PIBG tu rasanya ia kata putus mesyuarat PIBG..ia rasanya bukan keputusan kerajaan. Dia ikut mesyuarat tu la, kalau setuju nak bnyk maka bnyklah ia. Utk kutipan lain, Rasanya ada dengar dulu2 kes pasal ni, tapi rasanya ia perlu diselia lebih lagi tahun depan. Kalau ada apa2 mencurigakan, bawa bebincang dengan pihak sekolah, dapatkan penerangan barulah adukan pada pihak berwajib.
Budjet kali ni aku rasa kakitangan awam paling dapat durian runtuh.
Macam mana dengan kakitangan swasta?kesian diorg..diorg pun penyumbang pada ekonomi.
ye.. 😉 durian runtuh..tapi harap kalau makan durian tu jgn sampai darah tinggi. Durian ni memang sedap, tapi kalau ikut nafsu boleh memudaratkan kesihatan. Bagus jgk kerajaan suntik aliran wang kepada kakitangan kerajaan yang ramai. Supaya dapat merancakkan jual beli institusi swasta sekaligus meningkatkan pendapatan mereka nanti.