Untuk hari ini ingin saya kongsikan berkenaan cara duduk. Selalu kita melihat orang duduk dihadapan kita ataupun melihat ramai orang duduk. Cara duduk juga berbeza antara satu sama lain, ada antaranya menyilangkan kali, merapatkan kaki, membuka tumit, merapatkan kaki tetapi membengkokan sedikit kekiri atau kekanan ataupun menyilangkan di pegelangan kaki. Mungkin anda boleh meneka apakan personaliti yang dipelopori oleh orang tersebut.
Apabila anda melihat :
• Kawan anda duduk menyilangkan kaki = Mereka inii mungkin jenis yang suka berkawan dengan orang yang jujur, ringkas cara hidup.Rakan anda ini berfikiran terbuka pada sesetengah idea dan tidak terlalu ambil kisah masalah sekelilingnya.
• Kawan anda merapatkan kaki = Mereka ini mungkin agak lambat untuk mesra dengan orang lain kerana diri mereka selalu berjaga-jaga dalam perhubungan, jenis yang sentiasa bersedia, jenis yang komited dengan kerja, tidak memilih kasih dalam membuat keputusan, mempunyai disiplin untuk mengawal perasaan dan ketika bercakap dengannya haruslah mendapatkan kepercayaan darinya dahulu tentang keikhlasan kita.
• Duduk sambil membuka kedua tumit = Mereka mungkin gembira bertemu dan berurusan dengan orang yang baik, orang jenis ini tidak menunjukkan kebaikan dirinya kepada orang yang tidak disukai dan untuk berkawan dengannya perlu bersungguh-sungguh berbaik barulah ia mudah mesra.
• Merapatkan kaki tetapi membengkokkan sedikit kekiri atau kekanan = Mempunyai kepercayaan diri hebat dan baik. Daya keyakinan yang tinggi terhadap diri terutama bila bertemu dengan orang yang baru kenal. Suka berhias dan mementingkan perwatakan di tempat ramai dan sangat gembira jika dipuji kecantikan dan kekacakannya.
• Menyilangkan di pergelangan kaki = Amat tidak suka orang bercakap tidak berfokus dan menyimpang serta mengarut, jenis orang yang berhati-hati dalam membuat keputusan dan pemerhatian dan untuk orang ini perlu kesantunan untuk berkomunikasi dengannya.
Walaubagaimanapun apa yang diterangkan hanya sekadar kajian pemerhatian secara tidak langsung dan ianya bukanlah boleh diterimapakai secara taksub.
Sumber : http://psikotess.blogspot.com/2009/01/melihat-sifatmu-dari-posisi-duduk.html