E-gtukar Permohonan Online Jun 2013

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
E-gtukar Permohonan Online Jun 2013 1
KPM

Ia datang lagi, permohonan egtukar untuk kakitangan pendidikan ( guru ) untuk bertukar tempat bertugas ke pilihan masing-masing mula dibuka april ini. Mungkin perkataan e-gtukar ini satu perkataan yang biasa apabila tiap kali pasti ada yang sentiasa mengisi dan mengisi borang online e-gtukar ini.

Sudah berapa kali anda mengisi e-Gtukar?

Cuba anda kira, sudah berapa kali anda mengisi e-Gtukar anda? Kami percaya ramai yang lebih dari 5 kali mengisi e-Gtukar ini. Mengapa susah sangat untuk dapat? Sebenarnya banyak persoalan dan banyak juga jawapannya. Walauapapun yang anda fikir. Percayalah mereka cuba buat yang terbaik untuk anda.

Info Tambahan :  3 Bidang Industri Kreatif: Seni, Rekaan, dan Hiburan

Mereka cuba melakukan yang terbaik untuk anda

Kami berpendapat, mereka melakukan yang terbaik untuk anda, mungkin ada beberapa kelemahan tetapi kelemahan itu bukanlah boleh menggambarkan keseluruha sistem. Ada sesetengah kakitangan itu pernah meluahkan kepada salah satu staff kami bahawa ia tidak sampai hati membaca rayuan dan permohonan egtukar yang dihantar kepadanya. Jauh dihati beliau untuk membantu, tetapi apakan daya tiada kekosongan dan permintaan lokasi yang diminta. Ada beberapa orang di putrajaya yang dilihat betul-betul penat melayan karenah mereka yang datang, kadangkala sehari lebih dari ratusan yang datang sehingga perkataan dan jawapan sama perlu diulang. Ada yang datang dalam keadaan tenang dan ada juga yang datang dalam keadaan terlalu memaksa dan marah.

Mungkin ada kelemahan

Hakikat bahawa tidak ada yang sempurna di dunia ini, begitu juga sistem pertukaran guru ini. Masalah yang tidak selesai saban tahun ini menampakkan sistem dan cara mengatasinya perlu diperbaiki lagi. Mungkin perhatian penuh dan teliti diperlukan bagi membantu pihak pengurusan dan pihak pemohon dalam isu ini. Kami percaya, pihak pengurusan sedang giat menjalankan kajian dan tindakan untuk mengatasi masalah ini.

Info Tambahan :  10 Industri Masa Hadapan di Malaysia yang Patut Diketahui

Permohonan e-Gtukar Jun 2013

Bagi yang belum memohon permohonan e-Gtukar ini dibuka pada 1 April 2013 di Alamat ( KLIK SINI ). Bagi yang sudah biasa mengemukakan permohonan tidaklah terlalu banyak yang perlu diisi. Bagi yang baru mungkin banyak yang perlu dilengkapkan dalam sistem berkenaan.

Kesimpulannya, sama-samalah kita berusaha untuk kebaikan bersama. Pemohon perlu bersabar dan memohon doa supaya permohonan diterima dan pihak pengurusan perlu lebih giat usaha mencari kelemahan yang terselindung dalam sistemnya. Pujian harus diberikan kepada mereka yang sedang bekerja memproses permohonan anda dengan telus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *