

Nama e-penyata gaji tidak asing bagi kakitangan kerajaan di Malaysia. Sistem ini dibina khas bagi kemudahan kakitangan kerajaan menyemak gaji secara online melalui laman web e-penyata gaji melalui slip gaji yang disediakan terus melalui laman webnya. Jika dahulu slip gaji ini diberikan melalui jabatan masing-masing kini ia terus boleh disemak di laman web yang disediakan.
Perlaksanaan e-penyata gaji ini lebih cepat tetapi ia perlu di print sendiri oleh pengguna. Walaubagaimanapun ia menjimatkan kos kertas kerana tidak semua penyata gaji yang perlu di print oleh pengguna. Pada asasnya sistem ini hanya memaklumkan maklumat terperinci gaji setiap individu tetapi bukanlah menjalankan aktiviti keluaran duit gaji kakitangan kerajaan.
Slip gaji online ini diperlukan kebiasaanya untuk membuat beberapa tujuan seperti :
- Rujukan dan perancangan kewangan individu
- Permohonan pinjaman
- Permohonan penjawatan
- Permohonan kerja
- Perbandingan kenaikan
- Semakan penyata bulanan
Semakan Penyata e-penyata gaji
Untuk membuat semakan terlebih dahulu anda perlu daftar jika pengguna pertama, Bagi penguna berulang bolehlah terus ke https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx , Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan


Klik pada penyata gaji sendiri ( Bulatan merah ) jika anda ingin melihat penyata gaji anda bulan semasa.
Klik pada penyata pendapatan tahunan sendiri ( Bulatan biru )jika anda ingin melihat pendapatan anda keseluruhan tahunan semasa.
Melalui sistem, anda boleh memilih bulan dan tahun slip penyata gaji yang ingin anda muat turun. Slip gaji disediakan dalam bentul PDF dan perlu dimuat turun. Untuk lihat file yang dimuat turun perlulah mempunyai perisian yang membaca file pdf seperti adobe reader. Walaubagaimanapun browser terkini juga berkeupayaan membaca file pdf.
Pendaftaran Kali pertama e-penyata gaji
Sekiranya anda kali pertama menggunakan sistem perlulah mendaftar terlebih dahulu. Ia berlaku kepada kakitangan awam yang baru bekerja kerana data yang ada dalam sistem belum diaktifkan. Pengaktifan boleh dibuat dengan pendaftaran kali pertama.
Untuk mendaftar kali pertama, anda perlu ke https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx , klik pada pertama kali mendaftar ( bulatan oren )


Isikan maklumat yang diminta termasuk no telefon dan alamat email yang aktif untuk tujuan keselamatan.
Semoga penulisan ini bermanfaat kepada pertama kali menggunakan web e-penyata gaji dari ANM ini.