Ketika sidang media pada 17 MAC 2021 yang lalu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan terbaru. Bantuan tersebut adalah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang mengandungi 5 fokus dan 20 inisiatif pemulihan ekonomi. Tujuannya adalah bagi merancakkan kembali ekonomi negara susulan krisis COVID -19 ini.
PEMERKASA merupakan salah satu program yang menyeluruh dan memberi manfaat kepada golongan belia. Ianya terangkum di dalam inisiatif lain iaitu pengekalan pekerjaan dan insentif penggajian. Maka belia yang bekerja akan menikmati manfaat daripada inisiatif ini. Program ini juga membantu mengurangkan kadar pengangguran belia.
eBelia PEMERKASA : Tarikh Dan Cara Penebusan Kredit E-Wallet
Salah satu inisiatif yang telah diumumkan adalah Program eBelia. Ianya bertujuan untuk MENGGALAKAN pembudayaan transaksi tanpa tunai terhadap golongan belia di Malaysia.
Jumlah Penebusan kredit & Kategori belia yang layak memohon. Menerusi perutusan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Azizi, bagi program eBelia kerajaan bersetuju untuk memberikan kredit eWallet sebanyak RM50 kepada belia. Namun pihak kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan jumlah kredit tersebut sehingga RM100 menerusi program PEMERKASA.
“Jumlah yang LAYAK eBelia ini perolehi menerusi penebusan kredit. eWallet adalah sebanyak RM150”
Golongan belia yang layak SAHAJA boleh menebus kredit eWallet ini. Justeru itu, ketahuilah golongan yang layak menebus eWallet ini. Golongan yang layak adalah:-
1) Belia berumur 18 sehingga 20 tahun
2) Belia yang sedang belajar di IPT secara sepenuh masa SAHAJA.
“Sekiranya anda mempunyai kedua-dua kelayakan ini maka anda layak untuk memohon eWallet ini”
Syarat yang boleh dijadikan rujukan kepada semua belia akan di umumkan dari semasa ke semasa. Justeru itu, bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai penebusan kredit ini anda perlu rajin mengikuti laman web Rasmi Kementerian atau Facebook Rasmi Menteri Kewangan Malaysia.
Cara penebusan Kredit
Sehingga hari ini pihak kerajaan masih belum memaklumkan cara untuk menebus kredit bagi Program eBelia ini. Walaubagaimana sekalipun, penebusan kredit ini boleh dibuat menerusi aplikasi:-
- Grab pay
- Boost
- Touch N Go eWallet
PEMBERITAHUAN!!!
Perlaksanaan PEMERKASA menerusi program eBelia akan bermula pada JUN 2021
Bagi ketahui maklumat lanjut mengenai eBelia PEMRKASA ini akan dimaklumkan dan dikemaskini oleh Kementerian yang terlibat dari semasa ke semasa. Sekiranya anda benar-benar layak untuk mendapatkan eWallet ini jangan bimbang kerana anda akan tetap mendapatkan pada masa yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Bagi ketahui dengan lebih lanjut lagi, anda boleh layari laman web Rasmi. Pada laman web ini, anda akan mengetahui bantuan-bantuan PERMERKASA yang lain.
Pada masa yang sama, Program PEMERKASA ini juga menyediakan inisiatif lain bagi memajukan lagi urusan Belia.
Antara Program Prihatin Belia ini adalah:-
- Skim Pembiayaan Mikro PEMERKASA Belia
Skim pembiayaan Mikro PEMERKASA Belia ini merupakan salah satu bantuan kerajaan buat golongan belia. Melalui Bank Simpanan Nasional (BSN), dana sebanyak 300 juta akan disediakan dengan had pembiayaan sehingga RM50,000.
TAHUKAH ANDA!!!
Pembiayaan akan disediakan dengan kadar faedah yang telah dikurankan daripada 3.5% kepada 3%. Tempoh pinjaman adalah 5 tahun dan bayaran ansuran bermula selepas bulan keenam
- New Gen Entrepreneur Online Bootcamp (N-GENE)
Bagi Program N-GENE ini belia akan mendapatkan latihan serta bimbingan perniagaan secara dalam talian. Latihan dan bimbingan ini semua berasaskan perniagaan. Manfaat bagi program N-GENE ini adalah kepada 2,000 orang usahawan belia. Justeru itu, bagi para belia yang benar-benar minat akan program ini anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dari semasa ke semasa.
“Dunia kini hanya di hujung jari, justeru itu lebih mudah untuk belia menerima segala pembelajaran menerusi dalam talian”
- Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)
Bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE), pihak kerajaan telah mensasarkan untuk melahirkan seramai 250 usahawan bumiputera baharu. Objektif utama Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera adalah untuk:-
- Memupuk dan menanam semangat keusahawanan di dalam kalangan belia
- Anjakan paradigma belia dari pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan
- Membentuk daya tahan dan jati diri dalam kalangan belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri.
Ini merupakan salah satu usaha kerajaan dalam membantu para belia yang semakin sukar untuk mendapatkan pekerjaa. Walaupun sukar untuk mendapatkan pekerjaan tetapi pihak kerajaan akan berusaha untuk para belia mampu menempatkan diri dalam bidang pekerjaan yang membuatkan mereka mampu menjana pendapatan.
“Kita masih belum menang”