Egtukar 2017 Jadual Tarikh Keputusan Permohonan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Egtukar 2017, sebenarnya bukan tahun ini sahaja proses pertukaran guru dibuat dan diuruskan. Perlaksanaan pertukaran guru secara online ini telah lama dilakukan bagi memudahkan urusan permohonan guru serta lapisan penilaian lain. Perlaksanaan egtukar kini lebih sistematik dengan setiap lapisan peringkat penilai boleh mengakses sistem dan membuat sokongan dan pengesahan.

Egtukar 2017
Egtukar 2017

Perbaharuan demi perbaharuan dibuat untuk melancarkan lagi proses permohoan egtukar ini, jika dahulu prosesnya tidak diketahui umum tetapi kini pengguna yang ingin memohon dapat sedikit gambaran kekosongan negeri serta bilangan kekosongan. Fungsi terbaru juga negeri pilihan yang penuh juga tidak dapat dipilih.

Penambahbaikan dan pendekatan egtukar 2017

Tahun 2017 ini menyaksikan perubahan ketara dari segi tarikh keputusan pertukaran. Bermula tahun 2017 ini, menteri berkaitan telah mengumumkan untuk melaksanakan pertukaran dengan lebih kerap dan mudah. Hal ini kerana, pertukaran kali ini guru hanya perlu sekali sahaja memohon iaitu pada awal tahun dan keputusan permohonan boleh keluar sehingga 3 kali.

Berbanding dengan egtukar tahun sebelumnya, guru terpaksa memohon 2 kali setahun dan menunggu untuk hanya 2 kali keputusan permohonan. Penekanan kali ini lebih mengutamakan guru duka lara iaitu guru yang berjauhan dengan pasangan masing-masing bagi mengelakkan masalah sosial kekeluargaan serta membantu pengurusan keluarga.

Jadual tarikh perlaksanaan egtukar sesi oktober 2017

Untuk memberi sedikit gambaran dan informasi pada pelawat, kami ada mendapat maklumat dari pelawat berkaitan jadual perlaksanaan proses egtukar ini.

Jadual egtukar 2017
Jadual egtukar 2017
Bil. Perkara Tarikh
1. PPD/JPN Pelulus Keluar (PPD Keluar) 21.8 – 27.8.2017
2. PPD/JPN Pelulus Masuk (PPD Masuk) 28.8 – 6.9.2017
3. Pemantau/Penyelaras (Monitoring) 21.8 – 11.9.2017
4. Mesyuarat Berpusat Pertukaran (Antara Negeri) (Pegawai Pengesah KPM 1) 12.9 – 15.9 2017
5. Keputusan Kelulusan di Modul e-Gtukar 18.9 2017
6. Urusan Penempatan oleh JPN 19.9 – 25.9.2017
7. Keputusan Penempatan di Modul e-Gtukar 26.9.2017
8. Tarikh kuatkuasa dan lapor diri 2.10.2017
Info Tambahan :  Pakej 5G Rahmah: Internet Pantas Telefon Pintar Mampu Milik 2023

 

Jika mengikut jadual yang disediakan, kebanyakan urusan pengesahan dan melulus adalah sekitar bulan ogos sehingga awal september 2017. Keputusan egtukar mula dibentuk sekitar september sehingga hujung september. Keputusan egtukar sesi oktober diumum 26 september 2017 dan tarikh lapor diri adalah pada 2 oktober 2017.

Keputusan Permohonan Egtukar 2017

Untuk makluman, keputusan egtukar 2017 boleh disemak secara online melalui aplikasi permohonan sebelum ini iaitu https://epgo.moe.gov.my/

Untuk pengetahuan, maklumat yang kami terima juga menyatakan jadual dan tarikh yang dinyatakan untuk sekolah rendah dan sekolah menengah agak lewat sedikit iaitu sekitar november dan disember 2017.

Perlaksanaan egtukar kini agak sukar dijangka keputusannya, ada kes-kes khas yang permohonan 2017 ini dapat digunakan untuk pertukaran sepanjang tahun ini. Kes-kes khas seperti kecemasan dan perlu tindakan segera ini adalah wajar bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Kelebihan dan kelemahan perlaksanaan 1 tahun sekali permohonan

Setiap perlaksanaan pastinya ada kelebihan dan kekurangan, pastinya setiap pemohon mempunyai alasan sendiri jika dikaitkan dengan masalah ini. Jika mengikut komen pengguna dapat dirumuskan kelebihan dan kekurangan perlaksanaan sekali setahun ini seperti dibawah :

Kelebihan

  • Jimat kos dan masa kerana perlu mohon hanya setahun sekali
  • Keputusan pertukaran lebih kerap
  • Kemungkinan lebih ramai yang akan dapat berpindah
  • Mengutamakan pasangan yang berjauhan

Kelemahan

  • Tidak dapat update maklumat jika ada perubahan
  • Kurang jelas dengan proses penilaian
  • Pemohon tidak dapat membuat perancangan jangka panjang
  • Keputusan berpindah diketahui secara mengejut
Info Tambahan :  Pakej 5G Rahmah: Internet Pantas Telefon Pintar Mampu Milik 2023

Masalah pengurusan egtukar yang masih perlu diperbaiki

Berdasarkan komen dari ramai guru, terdapat masalah-masalah dalam egtukar yang perlu diperbaiki serta ditambahbaik antaranya :

Permohonan kerap tidak berjaya

Berdasarkan group perpindahan guru ada banyak rintihan guru yang tidak berjaya dipindahkan, ada yang telah berkhidmat lebih dari 10 tahun tanpa sebarang berita baik dalam permohonan pertukaran.

Ketidakseimbangan opsyen dan bilangan guru mengikut negeri

Masalah ini hampir setiap tahun berlaku, negeri-negeri popular seperti sebelah semenanjung pantai timur terutama kelantan dan terengganu mengalami guru berlebihan setiap tahun hingga menyukarkan guru yang ingin memohon masuk tidak berjaya. Selain itu, ada negeri yang berlebih opsyen dari keperluan dan ada juga yang kurang opsyen tetapi sukar untuk diperbaiki kerana berlebihan guru di negeri bekenaan. Ada juga negeri yang mengalami kurang guru seperti sabah, sarawak dan kawasan selatan malaysia dan bandar-bandar besar malaysia.

Pertambahan guru berjauhan suami membuatkan guru lama terabai

Dasar mengutamakan pasangan berjauhan memang baik dan mulia, tetapi jumlah mereka yang berjauhan dengan suami akan sentiasa bertambah dari tahun ke tahun. Hal ini kerana, kebanyakan guru muda baru mendapat penempatan akan berkahwin dan mempunyai anak. Kebanyakan mereka kebiasaanya akan berjauhan dengan suami dan jumlah secara asasnya akan bertambah. Menurut group perpindahan guru, ada yang hanya bertugas 2-3 tahun dah berjaya memohon pindah dengan alasan menurut suami. Kebanyakan pasangan yang lama berkhidmat ( lebih 10 tahun ) di lain negeri akan berputih mata setiap kali pengumuman keputusan egtukar dilakukan.

Secara kesimpulan, mungkin banyak yang boleh dibincangkan berkaitan egtukar 2017 ini. Setiap perkara, dasar dan keputusan yang dibuat pastinya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Lumrah setiap apa yang kita lakukan pastinya ada kelemahan dan kelebihan tersendiri. Pihak kami pasti dengan pihak KPM yang setiap tahun sentiasa bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah perpindahan guru ini. Mereka pastinya sedang memikirkan yang terbaik untuk kakitangan mereka demi melahirkan sistem pendidikan yang terbaik.

 

3 thoughts on “Egtukar 2017 Jadual Tarikh Keputusan Permohonan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *