Permohonan egtukar guru telah dibuka, saat manis mengisi pertukaran egtukar guru kembali lagi bagi guru-guru yang telah lama menyimpan hasrat untuk berpindah ke sekolah lain samaada untuk kembali ke negeri asal ataupun ingin mengubah situasi baru dalam perkhidmatanya. Permohonan egtukar guru ini adalah popular dikalangan guru kerana terlalu ramai yang ingin berpindah kembali ke negeri asal berbanding tempat yang disediakan. Kesimpulan ini dibuat berdasarkan luahan warga pendidik menerusi laman social bekenaan kesukaran untuk diterima berpindah walaupun lama berkhidmat.
Kenangan manis egtukar guru ?
Mengisi egtukar guru memanglah satu kenangan manis kerana warga pendidik sekurangnya diberi peluang untuk memohon pertukaran dan diberikan peluang sendiri untuk memilih negeri dan daerah mana yang diingini. Selain itu tempoh menunggu keputusan sekurangnya memberikan satu tempoh harapan baru bagi mereka yang sudah lama mengharapkan diterima perpindahan. Tidak mustahil ada mereka yang berseloroh, bergurau senda tentang harapan dapat berpindah di media social dan perbualan harian kerana tempoh menunggu keputusan egtukar merupakan satu tempoh yang mengujakan ibarat sedang menunggu cabutan bertuah. Inilah fenomena dwi tahunan yang akan berulang kembali kerana bagi mereka yang memohon berpindah pasti mempunyai harapan besar kerana kebanyakan mempunyai masalah sendiri memohon berpindah. Hasil tinjauan kami kebanyakan guru memohon adalah disebabkan :
- Menjaga Ibu Bapa sakit di Kampung
- Masalah kesihatan sendiri
- Jauh dari suami/ isteri
- Masalah keselamatan
- Lama berkhidmat negeri semasa
[button link=”https://epgo.moe.gov.my/” style=”info”]egtukar Guru ( Mohon )[/button]
Kenangan pahit egtukar guru ?
Kegembiraan membuat permohonan dan harapan menunggu keputusan akan berakhir setelah keputusan egtukar guru dikeluarkan. Kenangan pahit ini akan dirasai oleh mereka yang tidak berjaya dalam permohonan masing-masing. Begitu juga ibu bapa yang sakit, pasangan masing-masing yang menaruh harapan juga akan turut terbias dengan berita kesedihan yang diterima. Inilah lumrah permohonan, ada yang berjaya dan ada juga yang gagal. Kami juga menerima banyak luahan sekiranya ada yang tidak berjaya. Pelbagai kaedah pertolongan dan sokongan yang kami berikan kepada mereka yang tidak berjaya menerusi sokongan email dan sistem komen kami.
Ada yang berkhidmat 5 tahun dan ada yang hingga berbelas tahun masih juga tidak berjaya. Inilah lumrah sekiranya sesuatu negeri tersebut terlalu ramai orang memohon. Pastinya akan ada permohonan yang terpaksa ditolak kerana penuh tempat disediakan. Masalah begini sebenarnya telah lama berlaku dan ianya diusahakan pihak berwajib, mesyuarat demi mesyuarat telah dilaksanakan mungkin suatu hari nanti ianya akan selesai juga, sama-sama kita doakan.
Mohon Pertukaran guru egtukar guru
Untuk makluman, permohonan pertukaran egtukar guru telahpun dibuka sebulan bermula 1 september 2015 ini. Bagi yang masih tidak berputus asa dan menaruh harapan tinggi untuk berpindah, silalah membuat permohonan online melalui aplikasi permohonan yang telah disediakan. Alamat pertukaran egtukar guru sebelum ini telah ditukar dan alamat baru permohonan perpindahan guru ketika ini ialah egtukar guru ( Mohon ).
Perubahan terbaru 2015 ini, sistem egtukar mempunyai lampu berkelip hijau dan merah. Warana merah menandakan tempat kekosongan telah dipenuhi manakala hijau adalah tempat yang mempunyai banyak kekosongan. Diharapkan permohonan akan berjaya.