Elaun PISMP IPG Dimansuhkan Bermula Jun 2018

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP di IPG tidak asing dikalangan pemohon yang berminat dalam bidang perguruan. Sebelum ini, penuntut PISMP mendapat kemudahan elaun yang diberikan sepanjang pengajian. Elaun yang diberikan RM 430 banyak memberi kemudahan kepada penuntut PISMP sebelum ini.

Elaun PISMP IPG Dimansuhkan Bermula Jun 2018 1


Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia melalui sumber akhbar, elaun bulanan PISMP akan ditamatkan bermula Jun 2018 tahun depan. Walaubagaimanpun demikian, yuran pengajian sebanyak RM 27,831 tetap ditanggung kerajaan selama tempoh pengajian 4 tahun.

Menurut sumber, “Pelajar IPG sedia ada iaitu bagi ambilan sebelum Jun 2017 akan terus menerima elaun seperti yang diselaraskan mulai 1 Januari 2017, iaitu pada kadar RM430 sebulan, selain belanja tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500 untuk sekali dalam setahun sehingga tamat pengajian. “Bagi pelajar ambilan Jun 2017, tiada elaun akan diberikan mulai Jun 2018,”

Info Tambahan :  SPM Ulangan: Panduan Lengkap, Tips dan Jadual 2023

Untuk pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PPISMP ) ambilan terbaru jun 2017 tetap menerima elaun sara hidup RM 430 sebulan dan belanja tambang balik kadar maksimum RM 500 sekali setahun sepanjang pengajian setahun.

Berita menamatkan elaun ini mungkin memberi sedikit sebanyak kesan kepada pelajar semasa PISMP, namun demikian tindakan ini pastinya mempunyai alasan tersendiri dalam ekonomi yang serba mencabar kini. PTPTN juga disediakan untuk kemudahan meminjam bagi yang memerlukan. Diharapkan pelajar lebih berhemah dalam berbelanja untuk mengelakkan pembaziran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *