Kementerian Pendidikan KPM mewujudkan E Pangkat KPM bagi memudahkan pengguna mengisi sebarang urusan kenaikan pangkat dan sebarang kekosongan jawatan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian pendidikan malaysia (KPM). Penubuhan ini brrtujuan untuk selari dengan kemajuan terkini yang dijalankan secara atas talian (online) bagi semua urusan dalam perkhidmatan.


Sistem ini telah berfungsi untuk proses-proses seperti berikut :
- pemangkuan
- menangani isu kelewatan
- pertindihan urusan kenaikan pangkat
- penempatan pemangkuan
- Pertukaran jawatan
- pemantauan serta pengemaskinian data-data kenaikan pangkat bagi pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS).
Semakan berkaitan kenaikan pangkat secara atas talian ini (online) sebagai pengguna anda boleh melayari laman web seperti yang tertera berikut :
Kenaikan pangkat bagi staff di bawah kementerian pendidikan
Kenaikan pangkat bagi staff di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam
Kenaikan pangkat bagi staff di bawah kementerian kesihatan
- moh.gov.my
Bagi sebarang permasalahan yang berlaku seperti anda tidak dapat membuka laman web yang disediakan, anda boleh menghubungi pihak berwajib di cawangan naik pangkat, bahagian pengurusan.
Alamat :
sumber manusia,
kementeria pelajaran malaysia (KPM)
Aras 4, Blok E12 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.
Tel : 03-88847963 /7863/ 7816
Email : [email protected].
Segala perkongsian, diharapkan dapat membantu anda dalam mengisi urusan kenaikan pangkat serta mengisi kekosongan jawatan secara atas talian.
Beberapa perkara perlu anda ambil perhatian. Antaranya adalah :
- Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara online tidak melibatkan urusan pemangkuan.
- Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan perakuan oleh Ketua Jabatan.
- Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM tidak bertanggungjawab bagi kes penyalahgunaan No. Kad Pengenalan oleh calon lain melalui sistem ini.
- Sebarang pertanyaan bagi tujuan penyemakan status kenaikan pangkat melalui emel, tuan/puan perlu mengisi maklumat yang berkenaan.
- Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah berjaya bagi sebarang urusan kenaikan pangkat, tuan/puan boleh menyemak status Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat dengan Ketua Jabatan/ Bahagian masing-masing selepas 30 hari bekerja dari Tarikh Muat Naik Data
Dengan adanya sistem e pangkat ini, dapat meningkatkan penambaikan dalam proses kenaikan pangkat bagi guru-guru, pemsyarah, pegawai mahupun lain-lain staff. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada para pembaca yang ingin mendapatkan makumat berkaitan kenaikan pangkat secara online.