Erti garam dan gula

0
1

Rasanya semua orang tahu apa itu garam dan apa itu gula. Rasa untuk kedua-dua pun dah diketahui. Sudah tentu gula yang diminati kerana rasanya manis dan garam tidak digemari kerana ia rasa masin. Oleh kerana rasa yang manis itulah yang menyebabkan gula itu makin diminati dan hingga harga gula mula naik.

Jika ditanya yang mana paling sedap? yang mana paling penting? sudah tentu ramai yang menjawab gula. Sejak akhir ini berlaku kekurangan gula seolah menggambarkan gula makin berkurangan di pasaran. Kekurangan gula itu menyebabkan harganya tinggi jika dibandingkan dengan garam yang hanya RM 0.50 sahaja.

Bagi saya, jika ditanya yang mana lebih penting? saya akan memilih garam. Hal ini kerana jika air minuman tiada gula kita masih boleh minum. Tetapi jika makanan tiada garam hilang semua rasa yang ada dalam masakan itu. Begitu hebatnya garam. Begitu juga dengan di pasaran, walaupun gula berkurangan dan naik harga tetapi garam tetap berlambak dan harganya tidak kenal erti untuk naik. Dari segi kehebatan lain pula gula perlu di masukkan banyak bila hendak memasak tetapi garam hanya sedikit sahaja boleh mengeluarkan setiap rasa makanan yang kita buat.

Penulisan kali ini bukanlah nak memasak atau nak cerita lebih-lebih pasal garam atau gula..tetapi sejauh mana kita amati kisah garam dan gula ini. Ini ada kaitanya dengan penghargaan kita pada sesuatu. Kadangkala sesuatu itu manis tak semestinya memberikan faedah dan keseronokan pada kita dan sesuatu yang tidak enak itu kadang-kadang memberikan kita seribu pengajaran dan kenangan manis.

Kadangkala kita selalu lupa dengan keindahan dan keseronokan semata-mata, mengagungkan sesuatu yang kita rasa ia menyeronokkan. tetapi hakikat ia membuatkan kita lupa ada lagi peluang dan kegembiraan lain walaupun sedikit perit tetapi memberikan banyak pengajaran dan nikmat dalam hidup.

Oleh itu marilah kita sama-sama sedar dengan apa yang berlaku kepada kita, jangan sesekali menjadi golongan yang hilang pertimbangan dengan mengejar sesuatu yang difikirkan bagus tetapi sebenarnya peluang sebenar semakin meninggalkan kita.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Apa Komen Anda :