Erti sebenar bebas remaja

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Setiap tahun kita akan merayakan hari kemerdekaan yang disambut meriah. Pelbagai acara yang dirancang oleh pihak tertentu bagi menyemarak semangat cintakan negara sebagai tanda menghargai dan kesyukuran atas pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan sehingga dapat kita kecapi seperti hari ini. Tidak ketinggalan juga golongan remaja yang bersemangat meraikan kemerdekaan ini. Mungkin ada yang meraikan dengan aktiviti yang positif tetapi ada juga golongan yang meraikan dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan negatif. Harus dingati walaupun semangat membara meraikannya seharusnya sentiasa saling ingat mengingati untuk menjaga batasan dan sentiasa berfikiran rasional pada setiap tindakan yang hendak dilakukan.

Apabila ditanya remaja apakah itu merdeka? rata-rata akan memberikan komen merdeka itu adalah negara bebas dari penjajah, kita boleh bergerak bebas tanpa disekat dan bermacam lagi komen yang diberikan. Mungkin kita boleh berbangga dan rasa selesa bila merasakan diri berada dalam negara yang bebas. Pada hakikatnya negara telahpun merdeka tetapi pernahkah kita fikir adakah diri kita sudah merdeka?

Mungkin anda dengan berbangga mengatakan anda sudah merdeka, tetapi perlu untuk kita selidiki diri sendiri adakah benar yang diri kita sudah bebas. Erti bebas itu sendiri menetapkan diri seseorang berada dalam berlapang dada tanpa gesaan dan paksaan yang mengongkong pergerakan dan keputusan seseorang itu.

Tetapi adakah dikatakan bebas sekiranya :

Hidup bergantung pada dadah?

Bergantung pada rokok?

Bergantung pada ihsan orang lain?

Hutang?

Mungkin ada banyak lagi perkara yang menjadi penyebab anda tidak bebas, adalah penting untuk anda sedar bahawa kita semakin mengikat diri ke arah tidak bebas. Adalah penting untuk kita berusaha membebaskan diri dari terus dibelenggu penjajahan diri kita sendiri.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x