Satu huraian menarik dari sumber berkaitan apa itu MQA dan salah faham serta salah guna istilah untuk niat-niat tertentu beberapa pihak sejak akhir ini. Pelajar perlu tahu dan faham apa itu MQA dan pandai menilai sesuatu tawaran sebelum membuat sebarang pilihan melanjutkan pelajaran.
Untuk makluman , apabila ingin menyambung pengajian tidak kira universiti awam atau swasta kita perlu maklum dengan kredibiliti kursus yang ditawarkan sebelum membuat permohonan. Namun menurut sumber, pelajar kini sering dikelirukan dengan istilah MQA ini dan ada baiknya pelajar teliti dengan sebaiknya infomasi yang dikongsikan melalui sumber dibawah.
Kita sering dikelirukan dengan cara sesetengah pihak menggunakan nama MQA seperti.
- Program pengajian yang diiktiraf MQA
- IPT yang diiktiraf MQA
MQA sebenarnya tidak pernah mengiktiraf mana-mana IPT atau program tetapi memberikan kelulusan kepada program pengajian yang ditawarkan oleh setiap IPT (IPTA/IPTS)
KELULUSAN yang diberi oleh MQA
Terdapat 2 Bentuk kelulusan dari MQA
- kelulusan untuk sesebuah IPT memulakan satu-satu program pengajian atau biasanya disebut kelulusan provisional. Kelulusan ini diberi secara berperingkat sebelum setiap semester baru pengajian dimulakan dan memastikan perjalanan semester semasa adalah sebagaimana yang disyaratkan oleh panel MQA di setiap sesi lawatan kualiti. Program pengajian yang mendapat kelulusan provisional ini biasanya menggunakan kod abjad (P atau PA) pada kod kelulusan program pengajian yang ditawarkan yang wajib dipapatkan oleh setiap IPT di dalam iklan mereka.
- Akreditasi atau juga disebut sebagai perakuan akreditasi adalah kelulusan penuh untuk satu-satu program pengajian yang juga bermaksud program pengajian tersebut telahpun menamatkan satu(1) kitaran (complete cycle) dan telahpun ada graduan daripada program pengajian tersebut.
Program pengajian yang mendapat akreditasi ini biasanya menggunakan kod abjad (A) pada kod kelulusan program pengajian yang ditawarkan yang wajib dipapatkan oleh setiap IPT di dalam iklan mereka.
Akreditasi satu-satu program biasanya akan diperolehi sebelum pelajar kumpulan pertama (1st batch) bergraduat di mana di dalam lawatan kualiti MQA pada semester terakhir akan memberikan pengesyoran kepada IPT berkenaan untuk mengemukakan permohonan akreditasi setelah mendapati keseluruhan perjalanan program pengajian dari semester 1 sehingga semester terakhir telah menepati dan memenuhi segala syarat yang ditetapkan MQA
Dan pelajar akan bergraduat (konvokesyen) dari program yang telah mendapat akreditasi – yang penting untuk melayakkannya memhon melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya. Jarang berlaku ada IPT yang gagal mendapat akreditasi setelah program pengajian sampai ke semester terakhir pengajian.
Tidak mudah sebenarnya untuk mana-mana IPT (terutama IPTS yang sering menjadi sasaran) untuk menawarkan program pengajian yang tidak mendapat kelulusan MQA, kerana denda/hukuman ke atas kesalahan ini sangat berat selain daripada hanya program pengajian yang mendapat kelulusan MQA sahaja yang pelajarnya layak untuk mendapat pinjaman PTPTN – jadi tidak mungkin ada IPT yang akan menawarkan program pengajian yang tidak mendapat pembiayaan PTPTN.
Setiap program yang diluluskan akan dimaklumkan kepada PTPTN untuk pelajarnya layak mendapat pembiayaan.
Istilah Pengiktirafan
Tidak ada sebenarnya istilah atau sebutan seperti IPT yang diiktiraf oleh JPA atau Kementerian Pendidikan ataupun Kementerian Pendidikan Tinggi atau MQA.
Apa yang ada adalah setiap IPT mestilah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Tinggi.
JPA pula sebenarnya mengiktiraf semua program yang diluluskan pengendaliannya oleh MQA kerana peranan memberi pengiktirafan yang dahulunya dibuat oleh JPA sekarang diambil alih oleh MQA – dan yang diiktiraf adalah program bukan IPT. – Mustaffa Abdullah
One thought on “Fahami apa itu MQA ( AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA )”