Faktor Utama Pelajar Malas Belajar

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Faktor Malas belajar

Faktor Malas belajar

Faktor Utama Pelajar Malas Belajar yang perlu kita tahu, sebenarnya ada banyak perkara yang perlu kita fahami jika disebut tentang malas ini.

Pelajar kadangkala suka untuk membuat sesuatu mengikut cita rasa sendiri.

Sedangkan benda yang memang kita tahu sebab dan apa kesannya kepada diri kita sendiri. Bukan mudah tapi bukan sukar sebenarnya. Semuanya terpulang pada diri kita sendiri. Jangan salahkan orang andai apa yang kita mahukan tetapi kita tidak perolehinya.

Suka buang masa

Kebiasaannya, pelajar utamakan benda yang buat mereka gembira. Selalu sangat tertekan dengan keadaan itu antara alasan kenapa pelajar ramai suka buang masa. Percaya takdir itu selalu menyebelahi tetapi macam orang tua-tua kata, takdir itu tidak selalu memihak dengan kita. Langit tidak selalunya cerah. Memang betul. Tetapi sebagai pelajar kesedaran itu jarang diperolehi. Tindakan yang diambil kadang-kadang bukan dari diri sendiri tetapi atas dorongan orang lain.

Tiada prinsip

Satu perkara yang buat pelajar memikir 2 hingga 3 minit untuk memikirkan prinsip hidup. Bila sudah difikir kadang tidak diaplikasikan dalam diri dan kehidupan seharian. Tidak hairanlah bila semua prinsip hidup tiada satupun menjadi pegangan. Tingkah laku dibuat mengikut kesesuaian keadaan. Betul atau tidak itu semua terpulang dari diri seorang pelajar.

Tiada keyakinan

Pelajar selalu mencuba. Tetapi sukar untuk istiqamah. Bila ada kesedaram datang bertimpa tambah-tambah pula dapat ceramah percuma dari mengikuti program atau nasihat berguna dari guru-guru atau rakan yang turut sama-sama menimba ilmu. Tidak yakin dengan kemampuan sendiri.

Takut untuk melakukan sesuatu yang perlu kita lakukan sebagai pelajar yang menuntut ilmu. Keyakinan penting dalam segala hal yang kitalakukan sebagai pelajar. Berdiri didepan rakan dan khalayak orang ramai memang sesuatu yang sangat mendebarkan. Rasa malu dan takut bercampur aduk.

Pelajar selalu beralasan. Usaha seiring dengan kejayaan yang kita miliki. Tidak salah mencuba. Pedulikan orang sekeliling. Teruskan berjuang walaupun banyak dugaan datang. Apapun yang kita lakukan pastikan ia disertakan dengan niat biar segala yang kita impikan jadi kenyataan. Hanya perlu percaya rezeki kita ada dimana-mana. Jangan mengeluh tetapi bersyukurlah yang penting kita sudah lakukan sehabis daya.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x