Fokus pada yang paling terdekat

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Menghadapi kehidupan yang penuh cabaran, kita akan sentiasa berhadapan dengan pelbagai situasi dan ujian-ujian. Apabila sedang menempuhi ujian kita akan menerima banyak tugas serta perlukan kemahiran untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Bagi ujian yang kita hampir dapat tanganinya, pada kebiasaannya ramai yang akan gembira dan tidak sabar untuk menuainya. Ada juga antaranya yang mulai bergembira apabila tugas atau ujian semakin berakhir. Di fikiran mula membayangkan apakah perkara gembira yang hendak dilakukan selepas berjaya mengharunginya.

Sebenarnya tindakan ini boleh menggangu hasil ujian yang sedang kita lalui ketika itu. Hal ini kerana dengan membayangkan sesuatu yang ingin dilakukan selepas menghadapi kesusahan boleh menggangu fokus dalam menuju kejayaan sebenar.

Hakikatnya kita harus sedar bahawa apa yang kita bayangkan itu akan pasti kita lalui. Tetapi alangkah ruginya kita bila peluang yang paling hampir dengan kita, tidak dimanfaatkan dengan sepatutnya.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top